seismik

Pernah Dengar Perkataan 'Hartal'? Apa Kesan Ia Boleh Beri Kepada Negara?

Mungkin ramai yang tak pernah perkataan 'Hartal' atau tidak mengetahui apa sebenarnya maksud perkataan itu.

Cover image via petertpwong.com

Ekoran Kes Profesor Madya Azmi Sharom Dari Universiti Malaya Didakwa Mengikut Akta Hasutan, Pelajar Dan Pensyarah Universiti Itu Merancang Mengadakan Hartal Pada 10 September 2014 Sebagai Solidariti Terhadap Azmi

Mahasiswa dan pensyarah Universiti Malaya dijangka mengadakan hartal di kampus sebagai solidariti terhadap pensyarah mereka Prof Madya Dr Azmi Sharom yang didakwa mengikut Akta Hasutan.

Image via themalaysianinsider.com

Apakah Itu Hartal? Pernahkah Ia Terjadi Di Malaysia Sebelum Ini?

Berlainan daripada himpunan biasa, hartal yang berasal daripada perkataan Gujerat bermaksud menutup perniagaan, dan ia sesuatu yang jarang berlaku.

themalaysianinsider.com

Kali terakhir 'hartal' atau mogok besar-besaran diadakan, Pulau Pinang 'tutup' pada November 1967. Dua puluh tahun sebelum itu, hartal dianjurkan All-Malaya menutup keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu.

Image via wordpress.com

Kali terakhir 'hartal' atau mogok besar-besaran diadakan, Pulau Pinang 'tutup' pada November 1967. Dua puluh tahun sebelum itu, hartal dianjurkan All-Malaya menutup keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu.

themalaysianinsider.com

Tiada satu pun kedai, restoran atau pejabat dibuka. Filem tidak dimainkan di panggung wayang. Tiada bas, lori atau teksi berada di jalan raya dan tiada yang hadir bekerja di pelabuhan, ladang dan lombong bijih timah yang menjadi tunjang ekonomi Tanah Melayu.

themalaysianinsider.com

Pada Tahun 1947, Terjadi Satu Hartal Besar-Besaran Yang Dikenali Sebagai Hartal All-Malaya Dimana Penjajah British Ditekan Supaya Memberi Kemerdekaan Kepada Tanah Melayu Selepas Mereka Enggan Memenuhinya

Pada Oktober 1947, hartal All-Malaya anjuran gabungan kumpulan pro-kemerdekaan pelbagai etnik, bertujuan menekan kerajaan penjajah British supaya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

themalaysianinsider.com
Image via wordpress.com

Hartal tersebut yang dijadikan dokumentasi dalam filem bersejarah “10 Days Before Merdeka”, merupakan hasil daripada kempen Putera-AMCJA, gabungan parti politik, kesatuan pekerja dan kumpulan belia dan wanita.

informasi.my

Menurut filem karya Fahmi Reza itu, hartal tersebut diadakan selepas British enggan memenuhi cadangan gabungan tersebut bagi Perlembagaan Persekutuan yang baru.

yahoo.com

Meskipun Begitu, Pihak British Mengendahkan Hartal Tersebut Dan Meneruskan Juga Dengan Perlembagaan Mereka Sendiri Yang Menyebabkan Tanah Melayu Terus Berada Di Bawah Jajahan Mereka

Pihak British, dengan gandingan pemerintah Melayu dan Umno, meneruskan juga dengan perlembagaan mereka sendiri yang menyebabkan Tanah Melayu terus berada di bawah jajahan British.

themalaysianinsider.com

British rata-ratanya tidak mengendahkan hartal tersebut, yang boleh dikatakan demonstrasi politik terbesar pernah dialami negara, dan menguatkuasakan Perlembagaan mereka pada Februari 1948.

informasi.my

20 Tahun Kemudian, Parti Buruh Pulau Pinang Mengadakan Hartal Bagi Membantah Isu Penurunan Nilai Mata Wang Yang Menambah Beban Rakyat Semasa Sedang Mengalami Kegawatan Ekonomi

Perti Buruh Pulau Pinang mengadakan hartal pada tahun 1967bagi membantah penurunan nilai mata wang.

Image via penangmonthly.com

Hartal pada 1967 yang dianjurkan Parti Buruh Pulau Pinang bertujuan membantah penurunan nilai mata wang lama oleh kerajaan pada masa itu, di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

informasi.my

Menurut artikel Koay Su Lyn pada September 2013 di fz.com, penurunan nilai mata wang tersebut lebih menyusahkan rakyat sewaktu mereka memang sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

yahoo.com

Penganalisis Politik, Dr Wong Chin Huat Menyifatkan Hartal Sebagai Satu Bentuk Keingkaran Awam Yang Lebih Tinggi Daripada Biasa Dan Merupakan Sesuatu Yang Amat Serius

Penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat.

Image via therakyatpost.com

Menurutnya penganalisis politik, Dr Wong Chin Huat, jika perkara itu berlaku, kerajaan dan rakyat perlu menerimanya sebagai tanda ‘krisis kesahihan’ sudah mula timbul.

informasi.my

“Hartal adalah secara beramai-ramai memilih untuk ‘mengasingkan diri’ daripada aktiviti normal. Ia merupakan bentuk keingkaran awam yang lebih tinggi. Itulah sebabnya ia tidak selalu berlaku, dan apabila ia berlaku, pihak berkuasa dan berkepentingan dalam masyarakat perlu mengambilnya sebagai satu petanda yang serius," ujarnya.

themalaysianinsider.com

Beliau Juga Menganggap Pandakwaan Azmi Sharom Mengikut Akta Hasutan Itu Tidak Wajar. Menurutnya, Setiap Individu Mempunyai Hak Untuk Menyuarakan Pendapat Profesional Terhadap Sesuatu Isu.

“Mendakwa seorang profesor undang-undang mengikut Akta Hasutan, hanya kerana dia menyuarakan pendapat undang-undangnya, menunjukkan sesuatu yang penuh kesinisan dan keangkuhan."

themalaysianinsider.com

“Merdeka apa yang kita katakan apabila profesor undang-undang tidak boleh bercakap secara bebas tentang perlembagaan? Dari 1786 ke 1957, sepanjang 171 tahun apabila British menjajah sebahagian atau seluruh Malaysia, tidak pernah seorang profesor didakwa kerana berkongsi pendapat profesionalnya," kata Chin Huat.

informasi.my

Tidak Seperti Hartal Sebelum Ini Yang Berkisar Tentang Kemerdekaan, Hartal Masa Kini Dilakukan Bagi Memperjuangkan Hak Asasi Dan Kebebasan Yang Perlu Untuk Memajukan Sesebuah Negara

“Umno-BN dan mesin propaganda mereka sudah mempengaruhi komuniti Melayu yang kebebasan bersuara tidak baik untuk kepentingan mereka."

themalaysianinsider.com

Hartal pada masa lalu banyak berkisar memperjuangkan kemerdekaan negara. Tetapi sekarang orang ramai memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

Image via petertpwong.com

“Tetapi adakah Melayu hari ini akan menentang – bukan saja kebebasan bersuara, tetapi juga dalam kes Azmi – kebebasan akademik, seperti yang mereka lakukan terhadap Malayan Union kira-kira 7 dekad lalu?"

informasi.my

“Ini abad ke-21. Bagaimana sebarang masyarakat atau negara boleh maju tanpa kebebasan akademik?,” katanya.

yahoo.com

JUGA DI SAYS: 62% Rakyat Malaysia Bantah GST Tapi Majoriti Tak Faham Mekanisma GST

You may be interested in: