Perompak Mati Tak Sampai Sejam Lepas Tendang Pintu Kaca Di SS2
Niat seorang perompak yang mahu merompak sebuah pejabat guaman bertukar tragedi apabila mati selepas menendang pintu kaca.
Seorang Perompak Maut Selepas Menendang Pintu Kaca Dalam Satu Rompakan Pada Pagi Isnin, 28 April 2014 Di Petaling Jaya
Tindakan seorang perompak menendang pintu kaca sebuah syarikat guaman di SS2, Taman Sea mengundang padah apabila dia bukan saja kehilangan banyak darah, malah mati tidak sampai sejam kemudian.
malaysiandigest.comDalam kejadian jam 4.30 pagi itu, suspek berusia 40-an dan berasal dari Muar, Johor itu dipercayai cuba memecah masuk pejabat itu bersendirian.
hmetro.com.myPerompak Tersebut Dipercayai Membawa Pelbagai Peralatan Merompak Tetapi Memilih Untuk Menendang Pintu Kaca Menggunakan Kaki Kanan
Sumber polis berkata, suspek yang membawa pelbagai peralatan memecah masuk premis dikatakan menendang pintu kaca premis menggunakan kaki kanannya menyebabkan kakinya tertusuk kaca.
beritabm.comDia Mengalami Pendarahan Serius Dan Mati Tak Sampai Sejam Kemudian
“Suspek yang mengalami pendarahan serius kemudiannya berjalan sejauh kira-kira 80 meter dari premis itu dipercayai bagi mendapatkan bantuan sebelum tidak sedarkan diri."
malaysiandigest.com“Lelaki terbabit ditemui orang awam sebelum kejadian itu dimaklumkan kepada pihak berkuasa. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital, namun disahkan maut ketika dalam perjalanan,” kata sumber itu.
hmetro.com.myKematian Ini Diklasifikasikan Sebagai Mati Mengejut
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marcus ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut.
beritabm.com