Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Gesa Sultan Brunei Tangguh Hudud
Brunei telah mengisytiharkan perlaksanaan hukum Hudud pada Oktober lalu yang dianggap sebagai 'membimbangkan' oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Brunei Disarankan Oleh PBB Untuk Menangguh Perlaksanaan Hukum Hudud Yang Sepatutnya Dikuatkuasakan Pada April 2014
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangannya terhadap pelaksanaan pindaan undang-undang jenayah negara Brunei Darussalam yang akan dikuatkuasakan 22 April ini.
astroawani.comMenurut jurucakap bagi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Rupert Colville, penggunaan hukuman mati bagi pelbagai kesalahan adalah satu tindakan yang melanggar undang-undang antarabangsa.
astroawani.com“Kami menggesa kerajaan Brunei untuk menangguhkan tarikh kuatkuasa kod jenayah tersebut dan mengendalikan satu kajian yang komprehensif bagi memastikan ianya bertepatan dengan piawaian antarabangsa berkaitan hak asasi manusia” katanya dalam satu sidang akhbar di Geneva.
malaysia-instinct.net"Di Bawah Undang-Undang Antarabangsa, Rejam Sampai Mati Merupakan Seksaan Atau Kezaliman Yang Tidak Berperikemanusiaan," Ujar Rupert Colville
Beberapa kajian yang dijalankan PBB menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung dijatuhi hukuman rejam kerana diskriminasi yang bersifat stereotaip terhadap mereka, termasuk dikalangan penguatkuasa undang-undang dan pegawai – pegawai kehakiman.
mynewshub.my“Kanun keseksaan ke atas kod jenayah tersebut akan meningkatkan kadar jenayah dan diskriminasi terhadap wanita dan orang lain berdasarkan orientasi seksual mereka,” tegas Colville.
malaysiaharmoni.comBrunei Telah Mengisytiharkan Perlaksanaan Hukum Hudud Pada Oktober 2013 Lalu Yang Akan Berkuatkuasa Pada April 2014
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud di negara ini, termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.
utusan.com.mySultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.
hmetro.com.my“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.
hmetro.com.mySelain Hukuman Rejam Sampai Mati Terhadap Jenayah Seksual, Brunei Turut Menetapkan Hukuman Mati Terhadap Beberapa Bentuk Kesalahan Lain
Hukuman rejam sampai mati akan dilaksanakan untuk jenayah rogol, zina, sodomi, dan hubungan seks luar nikah untuk umat Islam.
mynewshub.myBrunei turut menetapkan hukuman mati untuk pelbagai kesalahan termasuk merompak, menghina atau memfitnah Nabi Muhammad SAW, menghina Al-Quran dan Hadis, kufur, mengisytihar diri seorang nabi atau keluar agama Islam serta membunuh.
astroawani.comSebelum Ini, PBB Mengkritik Tindakan Brunei Melaksanakan Hukum Hudud Kerana Hukuman Mati Tidak Dijalankan Di Brunei Sejak 1957
Sejak 1957, Brunei tidak melaksanakan hukuman mati.
sinarharian.com.myMelalui undang-undang antarabangsa, hukuman rejam hingga mati diklasifikasikan sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan bermaksud ia diharamkan di bawah perjanjian hak asasi manusia.
sinarharian.com.myGolongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual) Turut Membantah Perlaksanaan Hukum Hudud Di The Beverly Hills Hotel Milik Sultan Brunei
Sebuah kumpulan penyokong lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) bertindak memindahkan lokasi persidangan yang dirancang diadakan lewat tahun ini dari Hotel Beverly Hills ke satu lokasi yang lain.
kosmo.com.myTindakan tersebut dibuat kerana membantah dasar anti gay yang dilaksanakan oleh pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang merupakan pemilik hotel berkenaan.
kosmo.com.myBagaimana Pula Dengan Malaysia? Adakah Malaysia Akan Memperkenalkan Hukum Hudud Juga?
Usaha Brunei itu mendapat pujian beberapa ahli politik konservatif di Malaysia, termasuk daripada kalangan PAS.
themalaysianinsider.comBagaimanapun, pensyarah undang-undang Universiti Malaya, Prof Madya Dr Azmi Sharom berkata Brunei merupakan pemerintahan beraja mutlak yang berbeza dengan Malaysia menyebabkan sebarang langkah ke arah hudud di Malaysia seharusnya diperdebatkan, selaras dengan sistem demokrasi yang diamalkannya.
themalaysianinsider.comAzmi, yang tidak setuju dengan tuntutan bagi pelaksanaan hudud, berkata sistem perundangan hudud juga bakal terdedah kepada salah guna kuasa seperti sistem lain, cuma bezanya ialah ia akan dilakukan atas nama agama.
themalaysianinsider.com