9 Fakta Tragedi Pesawat Terhempas Di Medan Yang Mengorbankan 142 Nyawa
Kejadian berlaku pada 30 Jun 2015 apabila sebuah pesawat tentera Indonesia terhempas dan meletup di kawasan padat penduduk di Medan.
1. Sebuah pesawat tentera jenis Indonesia terhempas di sebuah kawasan perumahan awam di Kota Medan, Sumatera Utara pada kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan pada 30 Jun 2015
Siaran stesen televisyen tempatan melaporkan pesawat itu terhempas di atas puluhan rumah awam di Royal Gardenia, Jalan Letjen Jamin Ginting, KM 9, Padang Bulan.
bernama.com2. Pesawat yang terhempas adalah Hercules A1310 jenis C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU)
3. Semasa kejadian, pesawat terbabit sedang membawa 113 penumpang di dalam dan kesemua mereka dipercayai terkorban dalam tragedi itu
Daripada jumlah itu, 12 daripadanya adalah anggota tentera iaitu empat pegawai termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang manakala lapan lagi adalah juruteknik tentera.
Pesawat itu juga membawa penumpang awam dan kebanyakan mereka dipercayai keluarga anggota tentera namun status mereka masih dalam siasatan.
4. Portal The Guardian melaporkan setakat waktu tengahari 1 Julai 2015, sebanyak 142 mayat telah berjaya ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kemalangan
Pasukan SAR setakat ini mengeluarkan berpuluh-puluh mayat dari runtuhan dan 142 beg mayat telah dihantar ke Hospital Adam Malik, di mana keluarga mangsa telah berkumpul untuk mengenal pasti mayat.
Ia masih tidak jelas berapa ramai penduduk lain yang terbunuh apabila pesawat itu terhempas ke dalam rumah dan hotel di bandar yang padat dengan penduduk di Medan. Akses kepada salah satu bangunan yang rosak akibat kemalangan itu masih disekat.
5. Pesawat itu dilaporkan telah terbang dari ibu negara, Jakarta, dan berhenti di dua lokasi untuk mengambil penumpang sebelum tiba di Medan
Kadang-kadang, orang awam di Indonesia menumpang penerbangan tentera untuk sampai ke pulau-pulau lain yang mungkin tidak boleh diakses dengan cara lain.
cnn.comPerkara ini dianggap biasa di Indonesia. Ia turut diamalkan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan ahli keluarga daripada anggota perkhidmatan tentera untuk menumpang penerbangan tentera, dengan kebenaran daripada komander pangkalan.
theguardian.com6. Pihak berkuasa masih menyiasat apa yang menyebabkan bencana itu berlaku. Bagaimanapun mereka mengesyaki kemungkinan pesawat tersebut mempunyai masalah enjin.
Meskipun begitu, Mej. Jen Fuad Basya, seorang jurucakap tentera Indonesia, berkata bahawa kapal terbang yang dibina di Amerika Syarikat pada 1960-an itu telahpun diperiksa dan dibersihkan untuk terbang sebelum berlepas dari Medan.
Presiden Indonesia, Joko Widodo menggesa untuk mengkaji semula semua peralatan ketenteraan memandangkan bencana seperti ini kerap kali berlaku di Indonesia.
"Berikutan beberapa kemalangan kapal terbang, kita perlu menjalankan satu audit dan memodenkan kapal terbang lama," kata Jokowi.
7. Pesawat itu dikendalikan juruterbang Kapten Sandy Permana dari Skuadron 32 Abdul Rahman Saleh, Malang, Jawa Timur manakala pembantu juruterbang ialah Kapten Riri Setiawan
Kapten Sandy Permana menjadi pilot utama yang menerbangkan pesawat hercules A-1310 yang jatuh di Medan pada Selasa. Menurut sumber, Sandy merupakan siswa terbaik di Sekolah Komando Kesatuan Angkatan Udara Angkatan 97.
tribunnews.comKapten Sandy bernikah dengan pasangan pilihan hatinya, Nana Hapsari pada 2008 dan telah dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan yang masih kecil, Putri dan Syahira.
okezone.comPembantu juruterbang, Kapten Riri Setiawan dikatakan mempunyai peribadi yang disenangi orang ramai. Beliau mendapat pendidikan di UGM Yogya dan mengikuti peperiksaan Akabri dan lulus pada 2006. Riri berkahwin dengan Mega Senja yang tinggal di Nagari Gurun dan memiliki seorang anak perempuan berusia 4 tahun, Afiza Nalia Rafiza.
hariansinggalang.co.id8. Untuk makluman tragedi ini merupakan yang keenam melibatkan tentera udara Indonesia dalam masa 7 tahun...
9. ...dan yang kedua berlaku di Medan dalam masa 10 tahun selepas bencana Mandala Airlines yang terhempas pada 2005.
April 2015: Sebuah jet pejuang F-16 jet terbakar sebaik sahaja berlepas dari pangkalan udara di Jakarta.
Mac 2015: Dua pesawat tentera udara dari pasukan aerobatik Indonesia mengalami kemalangan ketika sesi latihan pertunjukkan udara LIMA di Langkawi, Malaysia.
November 2013: Satu kemalangan melibatkan sebuah helikopter tentera berhampiran sempadan Indonesia-Malaysia telah meragut 13 nyawa.
Ogos 2013: Pintu dari sebuah helikopter latihan jatuh ke kawasan perumahan di Jakarta.
Jun 2012: Sembilan orang terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara Indonesia terhempas ke dalam sebuah kawasan perumahan di Jakarta.
2009: Sebuah pesawat pengangkutan Tentera membawa tentera dan ahli keluarga mereka telah terhempas di Kepulauan Jawa, mengorbankan 98 orang.September 2005: Sebuah pesawat Boeing 737 Mandala Airlines telah terhempas di kawasan perumahan yang padat tidak lama selepas berlepas dari lapangan terbang Polonia Medan, membunuh 143 orang termasuk 30 di atas tanah.
Lihat lagi 10 gambar tragedi ini di bawah: