Petani China Potong Kedua-Dua Kakinya Dengan Kaca Kerana Tak Mampu Bedah
Bila manusia dalam keadaan terdesak, manusia akan sanggup melakukan apa saja demi memperoleh hasil yang diidamkan.
Akibat terdesak dan tidak mempunyai dana untuk membiayai kos pembedahan sebanyak RM5,175, seorang petani di China nekad memotong kedua-dua kakinya menggunakan kaca tajam sehingga putus
Seorang petani di China sanggup memotong kedua kakinya dengan kaca tajam kerana tidak mampu membayar kos pembedahan sebanyak AS$1,600 (RM5,175), lapor akhbar Daily News.
kosmo.com.myPetani itu menyimpan rahsia dia memotong kakinya sendiri sehingga lukanya dijangkiti kuman. Dia terpaksa dirawat di hospital apabila luka pada kedua-dua kakinya dijangkiti kuman yang kemudian merebak ke seluruh badannya.
mynewshub.myMenurut laporan, kaki petani tersebut sebelum ini pernah mereput akibat terdedah pada suhu rendah pada musim sejuk
Kaki Liu Dunhe sebelum ini mereput akibat terdedah pada suhu dingin ketika dia bekerja di ladangnya pada musim sejuk.
mynewshub.myPetani yang berusia 44 tahun berkenaan kemudian menggunakan serpihan kaca untuk memotong kedua-dua kakinya.
mynewshub.myDia hanya menjadikan minuman alkohol sebagai bius serta merasakan pengalaman memotong kaki sendiri itu sebagai sesuatu yang sangat menyakitkan
"Saya menggunakan serpihan-serpihan kaca tajam untuk memotong kaki saya. Ia sangat menyakitkan."
kosmo.com.my"Saya terpaksa meminum alkohol untuk membius diri sendiri apabila tidak dapat menahan rasa sakit," kata Dunhe.
kosmo.com.myNasib menyebelahi Dunhe apabila penduduk kampung kemudian memberi sumbangan sebanyak RM11,645 untuk beliau menjalani rawatan
Bagaimanapun, penduduk kampungnya yang mendapat tahu tentang penderitaan Dunhe mengumpul derma sebanyak AS$3,700 (RM11,645) bagi membiayai kos rawatan lelaki itu.
kosmo.com.myLelaki itu dijangka dibenarkan keluar dari hospital tempat dia dirawat dalam masa dua minggu lagi.
mynewshub.my