seismik

Petisyen "Bebaskan Anwar" Dikeluarkan Di Laman White House. Adakah Obama Akan Bertindak?

Petanda baik atau buruk?

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Petisyen Anwar yang dipadam White House dimasukkan semula

Image via msecnd.net

Petisyen menuntut pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara yang dikeluarkan kerana dikatakan melanggar peraturan, kini berada semula dalam talian sejurus sebelum tengah malam Rabu.

agendadaily.com

Sasaran 100,000 tandatangan telahpun tercapai. Setakat 12 Mac jam 5 petang, petisyen tersebut mengumpul sebanyak 113,440 tandatangan.

Petisyen tersebut tersiar melalui platform 'We the People' dalam laman sesawang White House, dikeluarkan selepas cubaan menipu.

Bagaimanapun selepas perkara tersebut dikesan dan dihebohkan media, petisyen itu kembali dalam talian dan melepasi had 100,000 yang dikehendaki.

Akaun twitter milik Anwar Ibrahim dikesan menyiarkan semula link ke petisyen tersebut kira-kira jam 4.00 pagi pada 11 Mac.

agendadaily.com

Berikut adalah beberapa terma dan syarat mengenai petisyen di laman White House:

Mengikut terma penyertaan dalam petisyen tersebut:

1.Sseseorang itu mestilah berumur 13 tahun atau lebih untuk membuka akaun dan/atau menandatangani sesuatu petisyen, atau untuk menyertai 'We the People'.

2. Petisyen 'We the People' mestilah dibuat individu yang berinteraksi secara terus dengan WhiteHouse.gov, bukan melalui laman sesawang atau perkhidmatan pihak ketiga.

3. Maklumat akaun tidak boleh mengandungi ancaman melakukan keganasan haram; memasukkan bahan lucah, kesat atau memberahikan; kenyataan memfitnah atau palsu; dan istilah yang lazimnya difahami mengandungi maksud tidak senonoh atau kesat atau menghina.

4. Turut dilarang ialah maklumat yang menceroboh privasi seseorang individu dan maklumat, yang sekiranya diterbitkan, akan melanggar undang-undang jenayah atau menimbulkan liabiliti sivil.

agendadaily.com

Ikuti penjelasan penuh oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berhubung pemadaman petisyen "Bebaskan Anwar":

10 Mac: Petisyen kes liwat Anwar Ibrahim dipadam dari laman White House

Image via MalaysiaKini

Petisyen kepada pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara telah dibuang daripada laman sesawang untuk petisyen Rumah Putih.

themalaysianinsider.com

Menurut sumber, petisyen itu dimulakan oleh bekas duta Amerika Syarikat, John Malott dan hampir memperoleh 100,000 tandatangan seperti yang disasarkan

John Malott memegang kadbod bertulis "Bersih 3.0".

Image via Vimeo

Petisyen atas talian bekas duta Amerika Syarikat (AS) John Malott terhadap Rumah Putih berhubung isu kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim dikeluarkan ketika ia hampir mencapai sasaran.

Langkah mengejutkan itu diambil atas alasan terdapat pelanggaran syarat melibatkan peserta.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, petisyen itu menunjukkan peningkatan ketara daripada jumlah penyokongnya.

malaysiakini.com

Naib Presiden Keadilan, Tian Chua percaya petisyen terbabit dibuang kerana perbuatan sabotaj Kerajaan Malaysia yang mungkin menjadi dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu

Naib Presiden Keadilan, Tian Chua.

Image via mynewshub.cc

10 Februari: sebuah petisyen dari laman White House telah dibuat bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia

Image via regioninfo.az

Petisyen yang dibuat oleh rakyat Amerika Syarikat, JM dari Alexandria, Virginia, itu menegaskan bahawa Anwar ialah seorang pendokong demokrasi, percaya kepada keadilan Islam dan rakan lama Amerika Syarikat.

astroawani.com

Baca kenyataan penuh petisyen tersebut di bawah:

WE PETITION THE OBAMA ADMINISTRATION TO:

MAKE THE RELEASE OF MALAYSIAN OPPOSITION LEADER ANWAR IBRAHIM FROM PRISON A TOP PRIORITY FOR US POLICY TOWARD MALAYSIA

Anwar Ibrahim, the Leader of the Opposition in Malaysia, a champion of democracy, a believer in Islamic justice, and a longtime friend of the United States, was convicted and jailed on trumped-up charges on February 10, 2015.

The White House soon issued a statement expressing its "deep disappointment" with Anwar’s conviction. It said that the decision to prosecute Anwar and the conduct of his trial raised serious concerns about the rule of law and the fairness of the judicial system in Malaysia.

But statements are not enough. The Administration must follow its words with action. Anwar is a political prisoner. The future of democracy in Malaysia is at stake. Securing Anwar's release from prison must be a top priority in US policy towards Malaysia, to be advanced in every way possible.

whitehouse.gov
Image via SAYS.com

KAMI MEMINTA PENTADBIRAN OBAMA UNTUK:

JADIKAN PEMBEBASAN PEMIMPIN PEMBANGKANG MALAYSIA ANWAR IBRAHIM DARI PENJARA SATU KEUTAMAAN KEPADA DASAR POLISI AMERIKA SYARIKAT TERHADAP MALAYSIA

Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia, seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam, dan sahabat lama Amerika Syarikat, didapati bersalah dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka pada 10 Februari 2015.

White House tidak lama kemudian mengeluarkan kenyataan yang melahirkan "kekecewaan yang mendalam" terhadap sabitan Anwar. Kenyataan itu berkata bahawa keputusan untuk mendakwa Anwar dan pengendalian perbicaraannya menimbulkan kebimbangan serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.

Tetapi kenyataan ini tidak cukup. Sesebuah pentadbiran hendaklah menurut kata-katanya dengan tindakan. Anwar adalah seorang tahanan politik. Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan. Pembebasan Anwar dari penjara mesti menjadi keutamaan dalam dasar Amerika Syarikat terhadap Malaysia, yang akan didahulukan dalam setiap cara yang mungkin.

Tidak lama sebentar tadi, Facebook Anwar Ibrahim telah pun mewar-warkan perkara berkenaan melalui satu status, yang turut diselitkan pautan kepada petisyen tersebut

Image via SAYS.com

Petisyen itu memerlukan sejumlah 100,000 tandatangan dari orang ramai menjelang 15 Mac 2014, iaitu sebulan dari sekarang.

Apa pula kata netizen? Hasil tinjauan SAYS mendapati ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Masing-masing menganggap pihak luar tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara.

Image via SAYS.com

Orang ramai juga bimbang sekiranya Amerika Syarikat terlibat dalam hal ini. Ada yang menyifatkan penglibatan pihak AS di negara lain sebelum ini tidak pernah mendatangkan apa-apa manfaat.

Image via SAYS.com

Walau bagaimanapun, masih ramai yang memberi sokongan. Mereka berpendapat petisyen ini harus ditandatangani oleh semua pihak demi memperjuangkan hak rakyat serta sistem kehakiman yang telus.

Image via SAYS.com

Petisyen ini nampaknya mendapat sambutan hangat. Setakat berita ini ditulis, sebanyak 19,558 tandatangan telah diturunkan.

Image via SAYS.com

Dapatkan petisyen di sini.

Apa pula pendapat anda tentang perkara ini? Kongsikannya pada ruangan komen di bawah.

Ketahui lebih lanjut mengenai kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful Bukhari di SAYS:

You may be interested in: