seismik

[VIDEO] Isteri Ambush Bilik, Pilot Kantoi Check-In Dengan Pramugari Ini Cetus Reaksi Ramai

"Astaghfirullah" - Isteri.

Cover image via @sulselonline.com (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kesetiaan merupakan aspek paling penting untuk membina kebahagiaan dalam rumah tangga

Tidak dinafikan selain kesetiaan, juga perlunya ada kepercayaan dan keikhlasan untuk mengekalkan hubungan rumah tangga yang sihat dan bahagia. Namun, jika salah seorang bertindak curang maka rumah tangga itu tidak lagi utuh.  

Sama seperti video yang tular di Indonesia baru-baru ini apabila seorang lelaki pilot curang dengan pramugari telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Isteri serbu semasa pasangan itu check-in di hotel

Menerusi video berkenaan, kelihatan isterinya dan sekumpulan orang yang tidak dikenal pasti ambush ke bilik hotel suaminya. 

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila suaminya dilihat curang dengan pramugari di bilik tersebut. Luluh perasaan dan jiwa seorang isteri apabila mendapati suaminya berdua-duaan dengan wanita lain di bilik hotel. 

Isterinya dilihat mampu mengawal emosi dan hanya mengucap 'Astaghfirullah' berkali-kali. Pramugari yang kantoi itu dilihat menyorok di sebelah pintu dan tunduk malu. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Salute sama isterinya, sudah nampak begitu masih saja sabar" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 985K tontonan, 30K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga kita semua dijauhkan daripada perkara ini. Amin :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: