PKR Vs BN: Gambar 'Ambulans Kerbau' Di Sabah Jadi Bahan Debat Panas
Siapa yang perlu dipersalahkan?
Sejak Semalam, Sekeping Gambar 'Ambulans Kerbau' Yang Didakwa Diambil Di Sebuah Kampung Di Sabah Telah Menjadi Viral. Gambar Ini Jelas Menunjukkan Tahap Kedaifan Kehidupan Masyarakat Pedalaman Sabah.
Susulan Daripada Itu, PKR Mendesak Putrajaya Mengkaji Semula Kadar Tuntutan Royalti Minyak Kepada Penduduk Sabah Dalam Usaha Membasmi Kemiskinan Dan Masalah Pembangunan Infrastruktur Yang Mundur
Naib Ketua Pemuda PKR, Tan Kar Hing berkata, desakan itu susulan pendedahan sekeping gambar seorang penduduk Sabah yang terpaksa menggunakan khidmat "ambulans kerbau" sebagai pengangkutan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Kami terkejut dengan kisah seorang penduduk berpenyakit di Kampung Niatang, Pitas yang bernama Bojong Mokiling yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan 'Ambulans Kerbau' (Buffalo Ambulance) sebagai cara pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital," kata Tan Kar Hing.
Menurutnya, Meskipun Sabah Merupakan Negeri Kedua Terbesar Dan Mewakili 10% Penduduk Malaysia, Namun 40% Daripada Rakyat Negeri Dikategorikan Sebagai Miskin
Selain itu, tahap infrastruktur asas di Sabah seperti jalan raya, perubatan dan pendidikan masih tidak memuaskan dan jauh terpinggir.
Dalam kes ini, kerbau dijadikan pilihan tunggal penduduk untuk membawa pesakit ke jalan utama yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.
"Nasib yang tertimpa ke atas pesakit tersebut amat mendukacitakan hati rakyat Malaysia, malah mungkin lebih ramai lagi isu yang sama berlaku di Sabah setiap hari." ujarnya.
Tambahnya Lagi, Tuntutan Rakyat Sabah Yang Mahukan Sistem Rangkaian Pengangkutan Dan Jalan Raya Yang Elok Untuk Penduduk Dan Kanak-Kanak Sering Kali Diabaikan Kerajaan Pemerintah
Tuntutan rakyat Sabah bukan untuk kerajaan melaksanakan projek mega seperti pembinaan pusat beli belah di Kudat atau Koridor Pembangunan Sabah.
"Sabah selama ini menjana sumbangan pendapatan yang besar kepada negara kita, tetapi tuntutan rakyatnya masih tidak direalisasikan sejak tahun 1976 hingga kini," katanya lagi.
Justeru itu, beliau mengulang semula desakan yang mahukan Putrajaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti petroleum seperti mana yang dituntut negeri Kelantan dan Sarawak termasuk pembangunan kemudahan asas.
Isu Ini Turut Diterbitkan Oleh Sebuah Akhbar Tempatan Dalam Edisi Yang Bertarikh 24 Februari 2015, Selasa
Setelah Menjadi Viral, Majoriti Netizen Bertindak Menuding Jari Dan Mencemuh Kerajaan BN Kerana Walaupun Telah Lama Memerintah Sabah, Kadar Kemiskinan Negeri Itu Masih Lagi Tinggi
Namun Begitu, Segelintir Pihak Mendakwa PKR Sengaja Menabur Fitnah Ke Atas Kerajaan Bagi Meyakinkan Rakyat Sabah Tentang Kepincangan Tampuk Pemerintah BN Di Negeri Itu
Dalam Pada Itu, Ada Juga Pihak Yang Mempersoal Tentang Kesahihan Gambar Tersebut. Mereka Menganggap Apa-Apa Berita Yang Disebarkan Pada Masa Ini Perlu Disiasat Terlebih Dahulu Kerana Dikhuatiri Ada Unsur Penipuan.
Persoalan Di Atas Bagaimanapun Dijawab Oleh Seorang Netizen Selepas Itu. Begini Jawapannya: