seismik

Platform e-Dagang Boleh Kembangkan Ekonomi Asia-Pasifik Termasuklah Malaysia Sendiri. Wow!

Jom kita sama-sama merancakkan lagi ekonomi negara.

Cover image via APEC 2020

Anda mungkin seorang yang gemar membeli-belah atau menjual barang secara atas talian

Memang menyeronokkan kerana kita tidak perlu keluar dari rumah pun dan tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas untuk membuat sebarang transaksi.

Jika anda salah seorang yang gemar 'bershopping' secara online, tahniah kerana anda adalah penyumbang kepada peningkatan ekonomi e-dagang di Malaysia dan rantau Asia Pasifik.

Kekangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilancarkan di dalam beberapa fasa telah mencetus fenomena peralihan kepada penggunaan teknologi digital dengan lebih meluas di kalangan pengguna dan komuniti perniagaan.

Ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan lebih sejuta penduduk dunia, rakyat menjadi semakin berhati-hati dan beralih kepada pembelian secara digital.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Conversation

Lebih 60% syarikat dari pelbagai industri menyatakan yang mereka telah memanfaatkan penggunaan teknologi digital semasa PKP

Ia dibuktikan melalui kajian impak yang dijalankan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) baru-baru ini.

Selain itu, aktiviti jualan e-dagang di Malaysia memang sudah nampak peningkatan sejak 2018 dan menjadi lebih ketara ketika PKP dijalankan.

Di antara 2017 sehingga 2019, pelaburan berjumlah RM681.3 juta telah dilaksanakan bagi membangunkan Malaysia sebagai hab pengedaran e-dagang serantau.

Contohnya baru-baru ini, buat julung kalinya, negara-negara anggota ASEAN telah bergabung melalui satu laman web khas bagi membolehkan syarikat-syarikat e-dagang merancakkan jualan barangan atau perkhidmatan dari negara masing-masing di rantau ini.

Sebanyak 11 syarikat e-dagang yang beroperasi di Malaysia, seperti Zalora, Lazada, Shopee dan BuyMalaysia untuk menyertai kempen ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via TV Al-Hijrah

Pelbagai cara juga telah dibincangkan untuk tingkatkan lagi ekonomi digital (DESG)

Selaku tuan rumah kepada persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2020, Malaysia dan ekonomi-ekonomi Asia Pasifik lain telah berbincang mengenainya pada mesyuarat ekonomi digital yang berlangsung pada September 30 lalu.

DESG juga merupakan jawatankuasa yang bertanggung jawab untuk memastikan pelaksanaan program bagi menelusuri APEC Internet and Digital Economy Roadmap (AIDER).

AIDER merupakan kenyataan dasar APEC yang mengandungi garis panduan dan bidang-bidang tumpuan utama untuk meningkatkan kerjasama anggota-anggota APEC dalam membangunkan industri e-dagang, perkongsian dasar serta menangani isu perbezaan digital (digital divide) di kalangan anggota-anggota APEC.

Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dr. Zaki Zakaria

Image via Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Setiausaha Bahagian Antarabangsa, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Dr. Zaki Zakaria mempengerusikan mesyuarat secara maya ini.

Image via Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Pelbagai insentif untuk mentransformasikan perdagangan digital ke arah mencapai kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan masyarakat telah diperkenalkan

Berikut di bawah adalah antara insentif-insentif yang diperkenalkan termasuklah:

  • Insentif Jangka Pendek berkaitan e-Dagang dan pendigitalan, untuk menukar “krisis kepada peluang”.

  • Mentransformasikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada digital. Ini termasuk di dalam insentif kerajaan seperti PRIHATIN dan PENJANA yang melibatkan dana sehingga RM700 juta.

  • Program dan insentif jangka panjang yang disediakan oleh pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk membantu PKS menggunapakai e-dagang dan penggunaan teknologi digital/automasi.

Transformasi digital juga disalurkan di dalam dasar pembangunan industri, pelaburan dan perdagangan

Hal ini turut ditekankan di dalam Dasar Kebangsaan bagi Industri 4.0 dan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang 2016-2020 yang sedang dilaksanakan untuk memperhebat tranformasi digital di dalam sektor perkilangan dan aktiviti e-dagang. Ini termasuklah:

  • MITI menyediakan kemudahan perdagangan seperti meningkatkan kecekapan proses pelepasan sempadan (border clearance).

  • Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) meningkatkan keupayaan PKS untuk menggunapakai e-dagang bagi meningkatkan eksport barangan/perkhidmatan.

  • Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) meningkatkan pelaburan swasta bagi membolehkan Malaysia menjadi hab serantau bagi aktiviti logistik secara elektronik.

Seiring dengan norma baharu teknologi digital digunapakai bagi menjayakan Mesyuarat Maya Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia-Mesyuarat kerjasama Buruh dan Perlindungan Sosial (HRDWG-LSPN) APEC 2020.

Image via Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Oleh itu, adalah penting untuk ekonomi-ekonomi Asia Pasifik, termasuk Malaysia, mengekalkan momentum sambutan masyarakat terhadap manfaat e-dagang bagi merancakkan lagi ekonomi negara dan rantau Asia Pasifik.

Untuk makluman, tahun ini menjadi sejarah bagi Malaysia sebagai tuan rumah APEC buat kali kedua selepas 22 tahun. Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah ialah pada tahun 1998. Ini juga kali pertama dalam sejarah persidangan APEC dijalankan secara maya.

Sekretariat Kebangsaan APEC 2020 ialah MITI dan penganjuran mesyuarat-mesyuarat APEC 2020 turut melibatkan penglibatan beberapa Kementerian dan agensi-agensi yang lain.

Artikel ini ditaja oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik