seismik

PM Umum Gaji Penjawat Awam Akan Dinaikkan 15 Peratus Mulai 1 Disember Ini

Difahamkan, kenaikan itu merupakan paling tinggi dalam sejarah perkhidmatan awam di Malaysia.

Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook) & Berita Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan berita gembira bahawa penjawat awam bakal menikmati kenaikan gaji 15 peratus mulai 1 Disember depan

Menurut laporan Berita Harian, Perdana Menteri berkata, sebelum ini jumlah paling tinggi kenaikan gaji penjawat awam adalah pada kadar 13 peratus, namun Kerajaan Madani akan memastikan jumlahnya akan lebih tinggi daripada itu.

"Untuk tahun depan, bila kita mula laksanakan, ia akan mencecah lebih RM10 bilion, kerana jumlahnya agak besar dan kenaikannya agak lumayan.. dan ini adalah kenaikan paling baik dalam negara.

"Kita juga akan meneliti daripada segi kewangan dan bagaimana ia boleh menampung tetapi pada masa sama hutang negara tidak lebih (daripada sepatutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Hari Pekerja 2024 yang bertemakan Pekerja KESUMA Bangsa di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Kerajaan akan memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan

“Pada masa ini, jumlah pendapatan minimum, meliputi gaji dan elaun tetap penjawat awam sedia ada adalah RM1,795 sebulan.

“Di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang diperincikan, kerajaan akan meningkatkan gaji bagi memastikan jumlah pendapatan minimum penjawat awam melebihi RM2,000 sebulan,” katanya.

Anwar menjelaskan kenaikan gaji kepada penjawat awam tertentu bagaimanapun boleh dikecualikan jika tidak menunjukkan prestasi membanggakan.

“Kalau rekod pekerjannya tak membanggakan, malas, sering lambat dan tidak beri tumpuan yang baik, tidak layak diberi ganjaran (kenaikan gaji) seperti yang dijanjikan kerajaan.

"Ini tanggungjawab kita bersama baik persatuan, rakan di jabatan untuk pastikan dua, tiga orang yang lembap ini biar dia kekal di jawatan sama selama-lamanya,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: