seismik

Polis Masih Mencari Remaja Umur 16 Tahun Yang Hilang Sejak 27 Jun Lalu Di Kuala Pilah

Difahamkan, Fiffy Arnatasya Abdullah kali terakhir dilihat pada 27 Jun.

Cover image via Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Polis di Negeri Sembilan dalam misi mencari seorang gadis berusia 16 tahun yang telah hilang selama 19 hari yang lalu

Menurut laporan, polis Kuala Pilah telah dimaklumkan tentang kehilangan Fiffy Arnatasya Abdullah sekitar jam 1 pagi pada 28 Jun.

Ketua Polis Kuala Pilah, Supt Amran Mohd Ghani berkata, remaja tersebut kali terakhir dilihat di Kampung Terusan, Juasseh di Negeri Sembilan pada 27 Jun.

"Berdasarkan siasatan awal kami, ini adalah kehilangan kali kedua. Pada kehilangan pertama, keluarganya berjaya menemui dan membawanya pulang.

"Kali ini, remaja tersebut belum pulang ke rumah dan tidak hadir ke sekolah," kata Amran yang dipetik oleh Bernama.

Fiffy Arnatasya berkulit kuning langsat, berketinggian kira-kira 150 sentimeter dan berat sekitar 45 kilogram, selain berambut warna separuh perang, lurus serta panjang separas bahu

Zawawi Tajudin, 49, penjaga kepada Fiffy Arnatasya Abdullah, berharap agar Fiffy pulang ke rumah kerana keluarga amat menyayanginya dan bimbang akan keselamatannya.

Menurut laporan Harian Metro, Fiffy keluar rumah kerana tidak mahu pulang ke pusat penjagaan.

Zawawi berkata, Fiffy Arnatasya sebenarnya ketika ini di bawah jagaan Pusat Jagaan Akhlak Bukit Baru Melaka.

Bagaimanapun, kata Zawawi, Fiffy Arnatasya balik ke Kuala Pilah bersama seorang rakan perempuan daripada pusat jagaan sama tanpa pengetahuan pengurusan pusat jagaan terbabit.

"Selepas beberapa hari berada di rumah di Kuala Pilah, rakan maklumkan yang pengurusan pusat jagaan itu akan menjemput Fiffy untuk dibawa ke pusat jagaan berkenaan.

"Susulan itu, Fiffy keluar rumah kerana tidak mahu pulang ke pusat berkenaan." katanya.


Difahamkan, Fiffy Arnatasya merupakan anak yatim piatu selepas ibunya meninggal dunia ketika dia berusia tiga tahun manakala bapanya dijemput Ilahi sebelum dia dilahirkan.

Sejak kecil Zawawi, penjaganya menjaga Fiffy Arnatasya sehingga berusia 15 tahun sebelum dibawa bapa saudaranya untuk menetap di Kuala Lumpur.

Fiffy kemudian diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di ibu negara sebelum dirujuk ke Pusat Jagaan Akhlak Bukit Baru Melaka.

"Jika diikutkan, kami boleh lepas tangan kerana dia di bawah jagaan pihak berkenaan, tetapi kami sayang pada Fiffy seperti anak sendiri kerana menjaganya sejak kecil.

"Kerana itu kami membuat laporan polis berkaitan kehilangannya," katanya.

Sehingga kini, telefon bimbit remaja itu tidak dapat dihubungi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: