Pramugara MAS Ditahan Atas Serangan Seksual Terhadap Penumpang
Syarikat penerbangan MAS sekali lagi mencuri perhatian media.
Pada 4 Ogos 2014, Seorang Penumpang Warga Australia Didakwa Dicabul Oleh Seorang Pramugara Pesawat MH20 Yang Sedang Dalam Perjalanan Dari Kuala Lumpur Ke Paris
Seorang pramugara pesawat Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana didakwa mencabul seorang penumpang wanita dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris.
therakyatpost.comMAS yang mengesahkan kejadian itu berkata ia berikutan dakwaan daripada penumpang pesawat penerbangan MH20 pada 4 Ogos lalu terhadap kru penerbangan terbabit yang menunjukkan tingkah laku seksual terhadapnya.
therakyatpost.comKejadian Berlaku Apabila Wanita Tersebut Meluahkan Kebimbangannya Terhadap Penerbangan MAS, Ekoran Tragedi MH370 Dan MH17. Salah Seorang Pramugara Kemudian Cuba 'Menenangkannya' Tetapi Bertukar Menjadi Serangan Seksual.
Penumpang terbabit mendakwa ketika menaiki pesawat berkenaan dia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan pesawat kepada kru penerbangan, ekoran tragedi malang MH370 dan MH17, kepada pramugara terbabit.
therakyatpost.comSalah seorang pramugara yang bertugas kemudiannya menawarkan tempat duduk di sebelahnya untuk ‘menenangkannya’. Tawaran itu bagaimanapun menjadi serangan seksual, dakwa penumpang terbabit.
astroawani.comPihak MAS Tidak Akan Memandang Ringan Terhadap Sebarang Aduan Daripada Penumpang Dan Akan Menerima Setiap Aduan Dengan Serius
“Penerbangan Malaysia sentiasa mengharapkan standard yang terbaik dari kakitangan kami dan kami juga mengambil serius dakwaan seumpamanya."
astroawani.com“Kami akan membantu pihak berkuasa Perancis menjalankan siasatan mereka dan kami ingin menegaskan bahawa keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan kami,” kata MAS di dalam satu kenyataan media.
astroawani.comMenurut Laporan Dari Portal The Cubic Lane, Pramugara Terbabit Ditahan Polis Sebaik Pesawat Mendarat Di Lapangan Terbang Roissy-Charles De Gaulle, Paris
Terdahulu, The Cubic Lane melaporkan seorang penumpang pesawat MAS penerbangan MH20 telah memfailkan aduan berhubung serangan seksual itu.
informasi.myPortal berita itu melaporkan, peramugara terbabit ditahan polis sebaik pesawat mendarat di Lapangan Terbang Roissy-Charles de Gaulle, Paris selepas seorang penumpang wanita rakyat Australia membuat laporan gangguan seksual terhadapnya.
hmetro.com.myPihak Berkuasa Masih Lagi Menjalankan Penyiasatan Lanjut Terhadap Kes Ini
Beliau disoal siasat dua hari selepas itu dan mengaku selepas ditahan pihak berkuasa.
informasi.my