seismik

Pramugari MAS Diarah Pakai Pakaian Tutup Aurat Dan Patuh Syariah

Mungkin sudah tiba masanya untuk pihak MAS mempertimbangkan permintaan ini.

Cover image via planetalkinglive.com

Kementerian Pengangkutan Mengarah MAS Untuk Memberi Pilihan Kepada Pramugari Untuk Memakai Pakaian Yang Menutup Aurat Dan Mematuhi Tuntutan Syariah

Pramugari beragama Islam diminta memilih pakaian menutup aurat.

Image via imgur.com

Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) diarahkan oleh Kementerian Pengangkutan supaya memberi pilihan kepada pramugari untuk memakai pakaian seragam yang mematuhi Syariah.

malaysianreview.com

Selain Memakai Pakaian Patuh Syariah, Pramugari Beragama Islam Juga Disarankan Untuk Tidak Menghidangkan Minuman Beralkohol Kepada Para Penumpang

Dalam soalannya, Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) bertanya kepada Kementerian Pengangkutan bila MAS akan mengenakan keperluan kod pakaian menutup aurat dan melarang hidangan minuman beralkohol.

maklumat.my

Mereka juga tidak disarankan untuk menghidangkan minuman beralkohol kepada para penumpang pesawat.

Image via vornesitzen.ch

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada perancangan untuk melarang hidangan alkohol dari menu penerbangan itu kerana ia adalah normal bagi amalan penerbangan antarabangsa.

mstar.com.my

Namun, ketiadaan larangan itu tidak bermaksud MAS menggalakkan penumpang untuk minum minuman tersebut.

maklumat.my

Menurut Datuk Hishamuddin, Pemilihan Pakaian Seragam Untuk Pramugari Adalah Bebas Dan Tidak Menjadi Masalah Untuk Mereka Mematuhi Syariah Asalkan Ia Mengikut Standard Keselamatan Yang Telah Ditetapkan

Dalam jawapan bertulis kepada Ahmad, Hishamuddin berkata syarikat penerbangan itu mempunyai kebebasan untuk memilih pakaian seragam untuk anak kapal mereka asalkan ianya mengikut standard keselamatan yang ditetapkan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

maklumat.my

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Image via mole.my

Tambahnya, MAS telah memaklumkan kepada kementerian bahawa pakaian seragama ala kebaya mencerminkan 'layanan baik Malaysia' yang merupakan identiti syarikat penerbangan tersebut.

maklumat.my

"Ia merupakan keputusan komersial syarikat penerbangan itu untuk menentukan pilihan pakaian seragam berdasarkan imej korporat mereka," katanya.

mstar.com.my

Kementerian Juga Meminta MAS Untuk Memulakan Amalan Bacaan Doa Di Dalam Pesawat Sebelum Berlepas Dari Lapangan Terbang

Ritual bacaan doa turut digalakkan sebelum pesawat berlepas.

Image via holysmithereens.com

Namun, Hishammuddin berkata, kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkan bacaan doa perjalanan sebelum pesawat berlepas.

mstar.com.my

"Itu adalah cadangan yang baik. Kementerian akan meminta MAS untuk mempertimbangkannya," katanya.

maklumat.my

Ekoran Kes Kehilangan Pesawat MH370 Mac Lalu, Malaysia Airlines Menerima Banyak Liputan Media Sejak Kebelakangan Ini

You may be interested in: