seismik

Program Da'i Dikecam Kerana Main Pistol Air Dan Tak Jaga Batas Bukan Muhrim

"Apa kaitan main pistol air malam-malam dengan dakwah?"

Cover image via SAYS.com

Jika anda mengikuti rancangan Da'i, sebuah rancangan mencari pendakwah yang disiarkan di TV3, pasti anda tahu yang rancangan ini telah masuk musim ke-3

Image via ismaweb.net

Sepatutnya semakin lama semakin berisi. Tapi nampaknya program itu telah dikecam hebat oleh penonton.

Antaranya, seorang pengguna Facebook Emmelynn Amal Alyn yang bertindak mengkritik program itu dan turut disokong oleh ramai pengguna yang lain.

Menurut Emmelynn, komennya ditulis selepas dia menonton semula rancangan tersebut kerana tak mahu pendapatnya dipengaruhi emosinya yang sedang marah

Tapi ternyata pada pendapat Emmelyn ada 7 perkara yang tak kena dalam program tersebut iaitu:

1. Batas-batas pergaulan tak dijaga
2. Aktiviti "war game" bercampur lelaki dan perempuan
3. Sesi senaman pumping di mana lelaki dan perempuan bercampur
4. Para daieyah kurang menjaga adab, menjerit sana sini main wargame
5. Kawat sebelah menyebelah tanpa jarak
6. Daieyah buat sesi luahan pasal cinta tak kesampaian
7. Da'i ikat kaki dengan da'iyah semasa explorace atas alasan denda

Namun begitu, benarkah dakwaan Emmelyn tentang rancangan ini?

Pengguna Facebook, Zulfadhli Ridzuan berpendapat tidak ada apa yang salah pada episod berkenaan kerana kaki da'i dan da'iyah diikat secara berjauhan dan langsung tidak bersentuhan.

Zulfadli menjelaskan dakwaan Emmelyn kurang tepat. Pada minit ke 58:47, seorang da'iyah sudah menerangkan, mereka diikat jarak yang jauh, dan meminta penonton untuk jangan salah sangka.

Namun begitu ramai netizen yang mengecam aktiviti kurang sesuai seperti bermain pistol air di malam hari, ditambah dengan da'i wanita terjerit-jerit yang dianggap tidak mencerminkan akhlak umat Islam.

Image via www.youtube.com

Jika dilihat dari sudut yang lain, rancangan Da'i ini konsepnya lebih kepada ruang belajar bagi pendakwah baru

Jadi sudah tentulah sebagai pelajar, mereka masih berada dalam proses pembelajaran dan sudah pasti akan kerap kali membuat kesilapan. Manusia mana yang sempurna?

Kami yakin, para peserta rancangan yang murni ini tidak berniat pun mahu merosakkan imej mereka sendiri, lebih-lebih lagi imej agama Islam.

Namun begitu, itu tidak bermaksud TV3 harus tutup sebelah mata dengan komen dari para penonton, terutama jika TV3 benar-benar mahu melahirkan pendakwah alaf baru

Kebanyakan penonton rancangan ini adalah mereka yang berharapan tinggi akan lahirnya pendakwah muda. Sokong. Bak kata seorang pemilik Facebook, "Kalau ikhtilat pun dah hancur, keyakinan terhadap jemaah tu mungkin sudah tidak ada."

Baru-baru ini juga, Ustazah Fatimah Syarha dikecam apabila mendakwa minum susu lembu nanti DNA akan bercampur dengan DNA lembu dalam rancangan Fiqh Wanita, juga di TV3. BACA SINI:

You may be interested in: