Isu Hadiah Ciput Junior Cycling M'sia, KJ dan Azizulhasni Cakap “Yang Penting Pengalaman"
Berbaloi atau tidak?
Pada 9 April lalu, satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang bernama Junior Cycling Malaysia telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Seramai lebih 700 orang peserta berumur dari 5 hingga ke 19 tahun telah terlibat dalam program tersebut. Pelbagai kategori yang dipertandingkan, antaranya ialah lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun.
Program itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin yang juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada acara kemuncak program.
Namun, ia telah menjadi bahan jenaka di laman Facebook kerana para pemenang telah dihadiahkan wang ringgit yang bernilai sangat 'ciput' serendah RM10 dan juga botol air
Pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal.
Manakala untuk kategori 13 tahun, juara menerima medal dan wang tunai RM40. Bagi tempat kedua pula bernilai RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta medal.
Bagi peserta di tempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air.
Nampaknya, ramai yang tidak berpuas hati dengan hadiah yang diberikan kepada pemenang setelah gambar-gambar sesi penyampaian hadiah tersebut mula tersebar di Facebook
Setelah isu itu menjadi hangat, Khairy Jamaluddin tampil memberi kenyataan di laman Facebook miliknya
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin itu nampaknya disokong ramai dan sehingga kini status tersebut telah mendapat lebih dari 6 ribu like dan lebih seribu share.
Dalam masa yang sama, pelumba basikal kebangsaan Azizulhasni Awang turut memberi komen terhadap isu tersebut. Pelumba nombor satu dunia itu yakin pihak penganjur akan meningkatkan mutu penganjuran pada masa akan datang.
Beliau turut berkongsi pengalaman beliau semasa di awal pembabitannya di dalam arena lumba basikal, beliau pernah berlumba beratus kilometer di bawah terik panas matahari hanya untuk memenangi medal plastik sahaja
Malah ketika beliau di peringkat junior banyak perlumbaan yang disertainya tidak menawarkan hadiah yang lumayan tetapi beliau tetap berlumba bukan untuk hadiah tersebut tetapi untuk memenangi perlumbaan.
"Ketika saya dipilih ke program Elite dan berlatih di Melbourne pada tahun 2007, saya berlumba pada setiap hujung minggu dengan pelumba-pelumba tempatan dan wang kemenangan yang saya terima hanyalah sebesar AUD50 sahaja untuk tempat pertama bagi kategori Elite.
Malah apabila saya sudah berada di ‘World Level’ dan bergelar pelumba nombor satu dunia, hadiah kemenangan yang ditawarkan didalam ‘Track Cycling’ disetiap kejohanan tidaklah lumayan jika hendak dibandingkan dengan sukan-sukan lain."
"Perlu di ingat, wang ringgit, medal dan pujian adalah Motivasi Ekstrinsik yang memberikan rangsangan luaran. Ianya bagus tetapi tidak memberikan rangsangan yang kekal dan banyak limitasi nya.
Jika kita berlumba ataupun bersukan untuk kemenangan, untuk meningkatkan kemahiran diri dan skill, untuk menjadi lebih bagus dan untuk menikmati aktiviti tersebut ianya adalah Motivasi Intrinsik."
Katanya, motivasi Intrinsik adalah bersifat lebih panjang, memberikan rangsangan dalam jangka masa yang lama, dan tidak mudah pudar dan hilang
Terangnya lagi, motivasi Intrinsik dan Ekstrinsik inilah yang menjadi dinding penghalang dan perbezaan untuk seseorang pergi lebih jauh di dalam sukan mahupun apa jua pekerjaan.
Kebanyakan atlet bertaraf dunia mengejar Motivasi Intrinsik kerana mereka tahu mereka juga akan mendapat Motivasi Ekstrinsik dalam masa yang sama. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui sebab dan niat kita melakukan sesuatu perkara supaya kita tidak terkeluar dari landasan yang betul.
Berbalik kepada isu JCM ini, ini adalah penganjuran pertama mereka dan saya yakin pihak pengajur akan meningkatkan mutu penganjuran dari masa ke semasa Insyaallah.
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!