Punggung Bayi 10 Bulan Melecur Teruk Didera Pengasuh
Sampai hati. Bayi yang baru sahaja berusia 10 bulan didera sehingga melecur.
Pada 23 September 2014, Seorang Bayi Perempuan Berusia 10 Bulan Melecur Di Kedua-Dua Bahagian Punggung Dipercayai Didera Oleh Pengasuh Di Melaka. Ibu Bapa Bayi Itu Menyedarinya Pada Malam Hari Yang Sama.
Seorang bayi perempuan berusia 10 bulan melecur di bahagian punggung dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Bertam Hulu, Melaka.
bharian.com.myKetua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata kejadian itu disedari ibu bayi tersebut, berusia 30-an ketika menukar lampin pakai buangnya sebaik tiba di rumah mereka di kawasan perumahan berhampiran pada 23 September 2014 jam 8.30 malam.
bernama.comSemasa Kejadian, Bayi Tersebut Dikatakan Tidak Henti Menangis Ketika Diambil Dari Rumah Pengasuh Berkenaan. Namun Begitu, Ibu Bapanya Tidak Mengesyaki Sebarang Kejadian Pada Mulanya.
Beliau berkata, bayi berkenaan tidak henti menangis ketika diambil dari rumah pengasuh tersebut bersama seorang lagi anak perempuannya berusia 10 tahun, sejam sebelumnya.
bharian.com.my"Pada mulanya ibu dan bapa bayi tersebut tidak mengesyaki sebarang kejadian menimpa anaknya sehingga ibunya melihat kesan melecur teruk di kedua-dua belah punggung mangsa," kata Raja Shahrom.
bernama.comSelepas Menyedari Kejadian Itu, Bayi Tersebut Dihantar Ke Hospital Melaka Untuk Mendapatkan Rawatan. Bapa Bayi Itu Kemudian Membuat Laporan Di Balai Polis Tanjung Minyak Keesokan Harinya.
Bayi itu kemudian dibawa ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Melaka dan masih dirawat di hospital tersebut.
bharian.com.myRaja Shahrom berkata bapa bayi itu yang berusia 30-an membuat laporan di Balai Polis Tanjung Minyak pada Rabu, 24 September 2014.
bernama.comDalam Perkembangan Terbaru, Pihak Polis Berjaya Menahan Pengasuh Terbabit Bagi Membantu Siasatan. Jika Sabit Kesalahan, Pengasuh Itu Boleh Dikenakan Penjara Maksimum 10 Tahun.
Pihak polis menahan pengasuh berusia 30 tahun terbabit di rumahnya pada 2.40 petang hari Rabu bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan jaminan polis.
bharian.com.myKes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
bernama.com