25 Mati Dalam Kebakaran Besar Di Sekolah Tahfiz Keramat, Kes Terburuk Sejak 20 Tahun
Semoga roh-roh mereka tenang di sana. Al-fatihah.
Dilaporkan sejumlah 25 orang terkorban, dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, pada jam 5.15 pagi hari ini
Kebakaran dipercayai bermula sekitar jam 5.10 pagi di tingkat teratas bangunan dan kedengaran juga laungan Azan ketika kejadian berlaku.
Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat telah berusaha mengawal kebakaran hingga jam 6.15 pagi.
"Jumlah kematian yang disahkan adalah 23 murid dan dua penjaga," kata Khirudin Drahman, ketua jabatan bomba dan penyelamat Kuala Lumpur
Umur mangsa dianggarkan dari 13 hingga 17 tahun.
Menurut Khirudin lagi, ia benar-benar tidak masuk akal kerana banyak orang mati dalam kebakaran dan ia adalah salah satu daripada bencana kebakaran terburuk di negara ini sejak 20 tahun lalu.
Saksi awam memberitahu, ketika azan Subuh berkumandang, api masih kelihatan di tingkat teratas bangunan tahfiz itu.
Menurut laporan Awani, timbalan pengarah jabatan bomba, Abu Obaidad Mohamad, Semua tingkap telah dihalang oleh gril dan hanya ada satu pintu keluar dan masuk di tengah-tengah
Mangsa kelihatan seperti berlari ke kiri dan kanan ke tingkap. Tetapi ia digril dan ia bukan jenis gril keselamatan yang boleh dibuka.
"Pintu (ke bilik tidur) tidak terkunci, ia terbuka. Tetapi api sudah berada dekat dengan pintu." kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Amar Singh, seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Insight.
Berdasarkan siasatan awal, pihak berkuasa percaya bahawa litar pintas yang berlaku di pintu masuk utama, mungkin menyebabkan kebakaran.