Pada Masa Seperti Ini, Perlukah Rakyat Malaysia Meniru Aksi Raja Bomoh Atas Magic Carpet?
Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zain yang mendakwa dirinya telah nampak pesawat MH370 menjadi topik perbualan hangat masa kini.
[VIDEO] Raja Bomoh Sedunia Buat Ritual Terbaru Di Tepi Laut Cari Penumpang MH370
Terbaru Ibrahim bersama para pengikutnya melakukan satu upacara ‘khas’ bagi menyeru mayat para penumpang yang dipercayai hilang di Lautan Hindi agar timbul bagi memudahkan usaha mencari yang dijalankan oleh pihak kerajaan dengan dibantu oleh beberapa buah negara asing.
suara.tvRitual ‘Seru Mayat Untuk Timbul’ itu dilakukan ekoran dari pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak Isnin lalu yang mengesahkan bahawa pesawat MH370 yang tidak dapat dikesan sejak 8 Mac lalu hilang di Lautan Hindi.
suara.tvSelain Teropong, Raja Bomoh Kali Ini Turut Menggunakan Kerantung Kayu Dan Buluh Runcing
“Upacara pada kali ini, Datuk menggunakan teropong untuk menjejaki kawasan terhempas, kerantung kayu bagi menyeru mayat para penumpang dan buluh runcing bagi menarik mangsa."
blogspot.com“Seterusnya kita melaungkan azan dan berdoa agar usaha yang dilakukan ini diperkenankan oleh Allah,” ujar Raja Bomoh.
blogspot.com"Saya Ada Pertalian Darah Dengan Datuk Maharajalela" Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
Ibrahim mendakwa, beliau adalah generasi kelima keturunan bomoh dan ada kaitan dengan pahlawan Melayu, Datuk Maharajalela pada tahun 1800-an.
themalaysianinsider.comLelaki berusia 80 tahun dari Sungai Manik, Pasir Salak, Perak itu yang juga guru seni mempertahankan diri, berkata dia sudah membantu ramai orang sejak berusia 10 tahun.
kitabantai.infoSiapakah Datuk Maharajalela?
Datuk Maharaja Lela Pandak Lam adalah salah seorang pembesar delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
pnm.myDatuk Maharaja Lela ialah Orang Besar Berlapan Perak dan penghulu di Pasir Salak.
wordpress.comDatuk Maharajalela Terkenal Dengan Peristiwa Pembunuhan Residen British, J.W.W Birch Pada Tahun 1875 Di Pasir Salak
Pada 2 November 1875 Birch dan rombongan tiba di Pasir Salak untuk menyebarkan surat pengisytiharan mengambil hak memungut cukai oleh British. Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya mengambil kesempatan itu untuk membunuh Birch. Pembunuhan Birch menyebabkan British menyerang Pasir Salak.
wordpress.comDato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor memimpin perjuangan mempertahankan Pasir Salak. Pasukan British dikalahkan dan Kapten Innes terkorban.
wordpress.comTak Cukup Dengan Itu, Raja Bomoh Turut Menyenaraikan Peranannya Dalam Beberapa Kejadian Besar Dalam Negara
[VIDEO] Raja Bomoh Nak Saman Anwar Ibrahim RM300 Juta
Rupa-rupanya tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan nama ‘Raja Bomoh’ dalam satu ceramah politiknya di Kajang mengundang perasaan marah individu berkenaan.
malaysia-today.net“Saya tidak pernah kenal dia, tapi dia pernah makan budi saya. Masa dia jadi Menteri Pertanian dia datang ke Sungai Manik, Perak. Masa itu dia datang saya sponsor (taja) dia makan. Tapi manusia lupa kulit, tak tahu nak cakap la (jenis) lupa orang. Kita tak lupa dia (tapi) dia lupa kita” katanya.
malaysia-today.net“Saya Akan Saman Anwar Sebanyak RM300 Juta Kalau Dia Main-Mainkan Saya. Biadap. Kamu Hakim Agama Ke?” Tegas Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP
“Anwar Ibrahim kalau dia lantang (bangkitkan lagi isu) saya akan saman malu, kerana dia menjual nama saya ketika (ceramah) pilihan raya kerana dia tidak ada modal. Dia cakap dalam Parlimen baru-baru ini, siasat siapa Ibrahim Mat Zin. Jadi dia nak siasat saya, siasat diri sendiri dulu, jangan tuduh orang bukan-bukan,” bidasnya.
peraktoday.com.myAnwar Ibrahim Sebelum Ini Menggesa Agar Siasatan Segera Dilakukan Terhadap Raja Bomoh Tersebut
“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh 1Malaysia? Mana pergi Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)? Mana pergi menteri yang membiarkan perkara itu berlaku?"
blogspot.com“Bila bomoh buat sebegitu, panggil pula media antarabangsa (buat liputan), tak malukah kita? Ini (perbuatan) syirik,” soal Anwar.
peraktoday.com.myBukan Setakat Anwar Malah Khairy Jamaluddin Turut Diugut Dengan Penampar Macam Buaya
Khairy berkata tindakan bomoh melakukan upacara dengan menggunakan carpet amat memalukan. Video upacara tersebut tersebar secara meluas di laman sosial. Beliau menyatakan kekecewaannya itu melalui akaun Twitter rasmi beliau.
malaysia-today.netMengulas lanjut, Ibrahim berkata “Budak-baru baru yang jadi menteri ni, tak usahlah nak ambil publisiti atas nama Datuk. Biar saya buat kerja, kalau nak cari publisiti pergilah cari orang lain dan bukan atas nama saya."
malaysia-today.net“Biar saya cakap terang-terang pada Khairy Jamaluddin. Saya cabar dia. Letak jawatan (sebagai Menteri) dan saya letak jawatan sebagai mahaguru. Kita try fight. Saya tampar dia macam buaya nanti, baru dia tahu," tambah Ibrahim.
tranungkite.netIbrahim turut mengatakan, keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik Khairy sebagai ahli kabinet adalah merupakan satu keputusan yang salah.
tranungkite.net16 Mac: Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Teropong Di Teluk Intan Pula
Pada 16 Mac 2014, Ibrahim Mat Zain mencuri tumpuan orang ramai di Teluk Intan apabila menggunakan alat simbolik teropong untuk membuat ramalan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac 20014.
melvister.comMestipun tindakan Raja Bomoh Sedunia Ibrahim Mat Zain dikecam dan dihalang untuk membuat ritual di KLIA, namun tidak memutuskan semangat beliau untuk meneruskan misi pencarian MH370 dilokasi baru.
melvister.comTetapi Kali Ini, Beliau Melakukan Ritual Teropong Tersebut Sendirian Tanpa Pembantu
Beliau lakukan bersendirian tanpa dibantu oleh para pembantunya .. tiada permaidani ajaib terbang, buah kelapa muda, labu sayung dan bakul tapah ... Sekadar menggunah teropong bulu sahaja. Gelagat beliau mendapat perhatian beberapa penduduk setempat yang ingin melihat apa lagi yang beliau mau lakukan.
negarakita.com14 Mac: Raja Bomoh Sedunia Mengugut Untuk Menyaman Pihak Yang Menuduh Ritualnya Melanggar Syariat Islam
Ibrahim Mat Zin yang menggelar dirinya sebagai 'Raja bomoh' dilaporkan akan mengambil tindakan itu ke atas pihak yang mendakwa kaedah perbomohannya itu bertentangan dengan syariat Islam.
malaysiakini.com“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja."
harakahdaily.net“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya.
harakahdaily.netMenurut BBC, Perkataan 'Bomoh' Didapati Dimuat Naik Lebih 200,000 Kali Di Twitter
The word "bomoh" has now been tweeted more than 200,000 times, and the overwhelming sentiment appears to be shame.
bbc.com"It's so embarrassing to have 'Malaysia' and 'Bomoh' in the same sentence" tweeted one.
bbc.com"Stupid, shameful", and "ignorant", others tweeted back to BBC Trending.
bbc.comAda Pihak Yang Mendakwa Jemputan Nujum VIP Ke KLIA Itu Ada Kena Mengena Dengan UMNO
There is some confusion over whether the Bomoh's public displays were made at the request of the government itself. On Monday he claimed to have been invited by one of the country's top leaders, but on Wednesday he said he was working of his own volition.
bbc.comMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat MH370.
themalaysianinsider.comShahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu. "Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” jelas beliau.
themalaysianinsider.comBeberapa Hari Lepas, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zain Mendakwa Dirinya Mampu Mencari Pesawat MH370 Yang Hilang
“Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa-mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin,” katanya kepada pemberita.
terengganutoday.comBeliau Turut Memberitahu Bahawa Pesawat MH370 Itu Sedang 'Tergantung' Antara Tiga Negara
Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin, 80, yang berpengalaman lebih 50 tahun mendakwa, berdasarkan upacara yang dilakukan selama 30 minit itu, beliau mendapat alamat bahawa kesemua penumpang pesawat terbabit dipercayai masih berada dalam keadaan selamat di satu lokasi tertentu terletak antara Laut China Selatan, Filipina dan sebuah negara asing yang tidak dapat dipastikan.
sinarharian.com.my“Saya nampak pesawat itu 'masih tergantung di ruang udara', di tengah -tengah ketiga-tiga lokasi terbabit. Saya tak dapat jelaskan secara terperinci soal keselamatan mereka tetapi percaya pesawat itu mungkin berada dalam dua keadaan sama ada diculik oleh pihak tertentu atau disembunyikan di alam ghaib”, katanya.
sinarharian.com.myRamai Berpendapat Ritual Yang Dilakukan Bomoh VIP Itu Tidak Masuk Akal Dan Merupakan Ajaran Sesat
The Government welcomes any help to trace missing Malaysia Airlines Flight MH370 including from "bomohs" (shamans) so long as their methods do not contravene Islam, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
thestar.com.my"We appreciate all help but where it comes to mysticism, the methods used must conform to Islamic teachings," he told reporters after attending the 35th National-level Quran Recital Programme on Monday (10 March).
thestar.com.myJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Menyelar Pihak Yang Mendapatkan Khidmat Bomoh Khurafat Dalam Mencari Pesawat MH370
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau bantuan bomoh adalah harus di dalam Islam, namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.
utusan.com.my"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah berbomoh adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak."
themalaysianinsider.com"Semua pihak dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan bertentangan dengan syarak," katanya.
themalaysianinsider.comBekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin Atau Lebih Dikenali Sebagai Dr. Maza Turut Mengecam Tindakan Raja Bomoh Sedunia Itu
“Mereka mempergunakan ayat-ayat al-Quran secara salah dan selekeh. Ingatlah bahawa segala yang bodoh dan tahyul itu bukan ajaran Islam.”
freemalaysiatoday.com“Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam."
malaysiakini.com“Dia seolah ambil kesempatan. Siapa yang membawanya (untuk tujuan itu), amat malang dan memalukan,” kata Dr Mohd Asri (kiri) yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.
malaysiakini.comTernyata, Ritual Nujum VIP Ini Telah Menjadi Viral Sehingga Dijadikan Bahan Ketawa Orang Ramai
Aksi Tiruan Ritual Nujum VIP Yang Merebak Ini Jelas Sekali Tidak Mempedulikan Sensitiviti Keluarga Mangsa Pesawat MH370
Kemana Hilangnya Sensitiviti Rakyat Malaysia? Daripada Kanak-Kanak Sehingga Kepada Golongan Dewasa, Masing-Masing Menunjukkan Bakat Mereka Dalam Meniru Aksi Nujum VIP
Seorang Netizen Meluahkan Rasa Kecewa Serta Meminta Orang Bukan Islam Agar Tidak Memandang Islam Hanya Melalui Ritual Tersebut
Kini, Pemantauan Akan Dikuat Kuasakan Di KLIA Bagi Menghalang Ritual Yang Sama Diadakan Pada Masa Akan Datang
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meletakkan pegawainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mengelakkan bomoh melakukan ritual untuk mengesan kehilangan pesawat penerbangan MH370 sejak Sabtu lepas.
mstar.com.myPenolong Pengarah Bahagian Penguat kuasa Jais, Hardi Mohd Sadali, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan anggota keselamatan di KLIA bagi memantau kegiatan itu daripada terus berulang.
themalaysianinsider.comSepasukan 15 pegawai dan anggota Jais melakukan pemantauan di Anjung Tinjau, KLIA selepas mendapat maklumat seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, 80, akan melakukan ritual kali kedua.
themalaysianinsider.comPersoalannya, Siapakah Ibrahim Mat Zain, Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Ini?
Kehilangan MH370 mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin yang mendakwa dijemput seorang pegawai tertinggi negara ke KLIA bagi menggunakan ilmu tradisional dan solat hajat.
malaysiakini.comNujum VIP Ini Dikatakan Pernah Terlibat Dalam Penyelesaian Tragedi Highland Tower Dan Juga Pembatalan Ilmu Hitam Mona Fendy
Berpengalaman selama 50 tahun, Ibrahim menjadi popular melalui perkhidmatan kejadian Highland Tower runtuh, pencarian mayat semasa banjir Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy.
malaysiakini.comKejayaan Kareer Bomoh: Kes tragedi Highland Tower serta membatalkan ilmu hitam Mona Fendy agar hakim dapat menjalankan tugas di Mahkamah Temerloh, Pahang.
melvister.comYang Menghairankan, Ibrahim Mat Zain Sebelum Ini Pernah Dilabel Sebagai Bomoh Ajaran Sesat Yang Bercanggah Dengan Ajaran Islam
Dalam keadaan JAKIM dan JAIS mengeluarkan arahan menghalang Raja Bomoh menjalankan ritual beliau di KLIA, maka sepatutnya Ibrahim Mat Zin wajar mendedahkan siapakah VIP yang mengundang beliau ke situ. Malah, VIP terbabit sepatutnya tampil mempertahankan tindakan beliau.
blogspot.comJika ini keadaannya, maka VIP berkenaan jelas telah melanggar fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri yang telah memutuskan rawatan tradisional yang dijalankan oleh Raja Bomoh terbabit adalah bercanggah dengan akidah kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat dan penipuan itu.
blogspot.com