seismik

Rakyat Malaysia Di Nepal: Bagaimana Nasib Sahabat Senegara Kita Di Sana?

Puluhan malah ratusan rakyat Malaysia mungkin masih berada di Nepal.

Cover image via turner.com

Dua hari lalu, dua rakyat Malaysia yang dilapor terkandas di Nepal gagal dikesan berikutan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku pada tengah hari Sabtu

Image via time.com

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, kedua-dua rakyat Malaysia itu merupakan adik-beradik wanita dan pihaknya belum dapat mengenal pasti lokasi terkini mereka.

“Kami tidak pasti apa yang berlaku kepada kedua-dua wanita itu dan tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung keadaan mereka. Kita akan terus cuba menghubungi kedua-dua wanita tersebut dan memastikan mereka berada dalam keadaan selamat,” kata Anifah.

bnbbc.my

Kedua-dua mereka dipercayai bernama Gan Siew Fern atau Jane, dan Gan Siew Mei atau June, berdasarkan satu status yang dimuat naik di Facebook oleh salah seorang ahli keluarga mereka

Urgent. Both my sisters are supposed to be treking down Everest Base Camp from Kalla Patah earlier yesterday according...

Posted by Craig Matthew Lee on Saturday, April 25, 2015

Walau bagaimanapun, mereka berdua didapati berada dalam keadaan selamat tidak lama kemudian

With little form of signal and coverage. We received this latest picture of the #gansisterseverest They are safe now at...

Posted by Craig Matthew Lee on Sunday, April 26, 2015

Seorang lagi warga Malaysia, Raj Anthony juga dikhuatiri hilang apabila keluarganya gagal menghubunginya sejak bencana itu melanda

Raj Anthony.

Image via www.orangmuda.tv

Sarah Brandt-Anthony, 43 berkata, kali terakhir dia mendapat berita daripada adiknya, Raj Anthony, 37 adalah menerusi Facebook pada 19 April lalu.

“Dia bersama sekumpulan rakan melancong ke India, Nepal dan beberapa destinasi lain, semuanya dirancang untuk tempoh enam bulan dan paparan terakhirnya menerusi Facebook memaklumkan mereka mungkin ke kawasan Himalaya antara 21 hingga 28 April,” katanya.

Tambah Sarah lagi, dia cuba menghubungi Kedutaan Malaysia di Nepal untuk mendapat maklumat mengenai Raj di Nepal, bagaimanapun masih belum berjaya bercakap dengan wakil negara di sana.

Beliau berkata, adalah mengecewakan kerana mereka sekeluarga hanya mempunyai maklumat terhad mengenai percutian Raj di Nepal.

“Mungkin dia terkandas dan perlukan bantuan,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Raj dikatakan memutuskan untuk ke Nepal sendirian dan berpisah daripada kumpulannya pada 13 April lalu. Sehubungan itu, Sarah meminta kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai adiknya supaya menghubunginya menerusi emel, [email protected].

orangmuda.tv

Bintang terkenal Hollywod kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh dan suaminya, Jean Todt turut dikhabarkan terkandas di Nepal

Tan Sri Michelle Yeoh dan suaminya, Jean Todt.

Image via pixshark.com

Kelmarin, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) mengeluarkan kenyataan bahawa badan tersebut telah mengadakan Kongres Sukan Serantau Asia Pasifik yang pertama di Kathmandu dan antara ahli yang hadir termasuklah Presiden FIA, Jean Todt dan Michelle selaku duta keselamatan jalan raya.

Kenyataan itu telah memberitahu, kesemua ahli FIA dan delegasi kongres tersebut berada dalam keadaan selamat.

kosmo.com.my

Namun begitu, laporan terbaru mengatakan Michelle Yeoh dan Jean Todt telah selamat kembali ke Perancis

"Michelle menghubungi menantu saya selepas gempa bumi untuk meyakinkan kami bahawa dia selamat. Kami sangat lega dengan berita itu kerana kami tidak dapat menghubunginya ketika berita mengenai bencana itu disiarkan," kata ibu kepada aktres tersebut, Datin Janet Yeoh.

Dalam pada itu, Michelle, 52, dan Todt, 69, telah dipindahkan dari negara yang dilanda bencana itu dengan bantuan FIA.

mstar.com.my

Dalam pada itu, seorang wartawan BERNAMA TV, Nazahiyah Mohd Hadzir yang merupakan salah seorang ahli Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) menceritakan detik cemas ketika gempa bumi melanda

"Dalam sekelip mata, Bandar Kathmandu menjadi kelam-kabut, bangunan musnah, jerit tangis terdengar di mana-mana," itu suasana digambarkan Nazahiyah yang berada di bandar Nepal yang dilanda gempa bumi tempoh hari. Dia melihat orang ramai lari bertempiaran sejurus berlaku gegaran pertama.

Beliau tiba di Bandar Kathmandu untuk Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B). Ketika kejadian, beliau berkata, kumpulan seramai 13 peserta ekspedisi berada di sekitar bandar untuk mencari barangan keperluan.

bernama.com

Menurutnya, pengalaman pertamanya berhadapan gempa bumi ini memang sangat menakutkan. Nazahiyah berkongsi detik dimana dirinya tercampak ke tepi jalan dan terhantuk kepala disebabkan gegaran yang kuat.

Image via www.nbcnews.com

"Tiba-tiba saya terasa gegaran yang sangat kuat sehingga saya tercampak ke tepi jalan dan terhantuk kepala... Gegaran hampir seminit itu menyebabkan semua panik dan lari menyelamatkan diri.

"Ini merupakan pengalaman pertama saya mengalami gempa bumi... gegaran susulan juga menakutkan.

"Alhamdulillah, kami semua selamat...Keadaan buat masa ini terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama.

bernama.com

Sambil berkongsi pengalaman di sana, Nazahiyah berkata mereka turut melihat puluhan mayat yang tersusun di perkarangan hospital selepas kejadian itu yang sangat menyayat hati

Image via time.com

Susulan daripada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Ahad menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Nepal

Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya memutuskan usaha membawa pulang rakyat Malaysia dengan menggunakan sebuah pesawat Hercules Tentera Udara Malaysia (TUDM) C-130 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kathmandu, yang dijadual berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang petang Ahad.

"Kami telah mendapat arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi (Ahad). Yang menjadi keutamaan sekarang adalah untuk membawa pulang kesemua rakyat Malaysia yang terkandas," katanya.

Mohamed Thajudeen berkata antara pasukan yang akan menyertai misi itu ialah SMART Team daripada MKN, Persatuan Bulan Sabit Merah dan beberapa anggota MERCY Malaysia.

bernama.com

85 rakyat Malaysia di Nepal dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu kira-kira pukul 7 pagi Selasa

Image via qz.com

Penerbangan pertama misi membawa pulang rakyat Malaysia di Nepal dengan pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu kira-kira pukul 7 pagi Selasa.

Kaunselor/Kuasa Usaha Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Fadli Adilah berkata, penerbangan pertama itu membawa seramai 85 orang termasuk 13 peserta program Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B).

"Bekalan elektrik di bandar Kathmandu masih terputus, makanan terpaksa dicatu dan talian perhubungan komunikasi dan penggunaaan internet agak terhad," kata Fadli.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai rakyat Malaysia terkorban, cedera ataupun hilang.

mstar.com.my

Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India dilaporkan selamat

"Kedutaan Besar di Kathmandu dan Suruhanjaya Tinggi di New Delhi menghubungi rakyat Malaysia yang berdaftar dan mereka semuanya diberitakan dalam keadaaan selamat," jelas kenyataan itu.

Bagaimanapun, kementerian akan terus memantau keadaan kerana menurut laporan awal masih terdapat beberapa lagi gegaran kecil berlaku.

"Semua rakyat Malaysia yang berada di Kathmandu dan kawasan-kawasan yang terlibat diminta supaya bertenang dan memastikan berada di tempat selamat," kata kementerian itu.

themalaysianinsider.com

Pasukan pendakian Everest Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang berada di kawasan Everest Base Camp juga dilaporkan selamat

Image via www.usnews.com

"Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga melaporkan masih terdapat lagi gegaran-gegaran kecil yang masih berterusan di sesetengah bahagian di Kathmandu."

"Sungguhpun dilanda runtuhan salji, pasukan pendakian Everest Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang berada di kawasan Everest Base Camp juga dilaporkan selamat," kata kenyataan itu.

astroawani.com

Ketahui lebih lanjut tentang gempa bumi terburuk dalam masa 81 tahun di Nepal DI SINI:

Kami sangat kagum melihat bagaimana satu dunia bertindak pantas dalam memberi pertolongan kemanusiaan kepada rakyat Nepal:

Dalam pada ramai yang bersedih, masih ramai yang seakan-akan tidak peduli:

You may be interested in: