Rakyat Malaysia Terima Anugerah Nobel Keamanan Buat Pertama Kali Dalam Sejarah

Rakyat Malaysia kini tidak kurang hebatnya. Masing-masing ada keistimewaan dan daya saing yang kuat dalam meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Buat Pertama Kali Dalam Sejarah Negara, Seorang Rakyat Malaysia, Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof Berjaya Menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize) Ketika Berkhidmat Di The Hague, Belanda

Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize).

themalaysianinsider.com

Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof berjaya menerima Anugerah Nobel Keamanan buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.

Image via imgur.com

Tidak pernah sedetik terlintas di hati Nasarudin untuk mendapat penghargaan orang ramai sewaktu dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran daripada Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) yang terletak di The Hague, Belanda.

thevocket.com

Mohd Nasarudin Bersama Pertubuhan Bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) Memenangi Anugerah Nobel Tersebut Di Atas Usaha Gigih Dalam Menghapuskan Senjata Kimia Serta Penggunannya Di Seluruh Dunia

Pesara Angkatan Tentera Malaysia berusia 52 tahun itu merupakan penerima Anugerah Nobel Keamanan 2013, atas usahanya di organisasi antara kerajaan bagi memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia, iaitu melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

themalaysianinsider.com

Hadiah Anugerah Nobel Keamanan.

Image via imgur.com

Beliau berkata, keputusannya berpindah ke The Hague, Belanda dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) tiga tahun lalu, adalah untuk menjadikan Malaysia bangga dengan perkhidmatannya di sana.

therakyatpost.com

Organisasi tersebut telah memenangi anugerah itu di atas usaha gigih untuk menghapuskan senjata kimia serta penggunaannya di seluruh dunia, seperti yang dipetik melalui laman rasmi Anugerah Nobel.

thevocket.com

Pencapaian Nasarudin Turut Mendapat Perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Najib Didapati Sangat Berbangga Lalu Menyampaikan Ucapan Tahniah Kepada Nasarudin Melalui Laman Twitter Beliau.

Pada Mulanya, Nasarudin Berdepan Perasaan Berbelah Bagi Untuk Meninggalkan Tanahair. Namun, Beliau Sedar Berkhidmat Untuk OPCW Adalah Peluang Sekali Seumur Hidup Yang Amat Sukar Untuk Dilepaskan.

Ibu Pejabat Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) di The Hague, Belanda.

Image via indianexpress.com

Jelasnya, dia yang pada mulanya berdepan perasaan berbelah bahagi untuk berpindah ke Belanda, nekad dengan keputusannya kerana memikirkan ia merupakan peluang yang jarang ada.

themalaysianinsider.com

“Peluang seperti ini hanya datang sekali dalam seumur hidup, jadi saya memutuskan untuk tidak melepaskannya,” katanya.

therakyatpost.com

Beliau Bagaimanapun Menghadapi Kesukaran Untuk Membiasakan Diri Dengan Budaya Berbeza Di Negara Asing. Tetapi Dengan Bantuan Rakyat Malaysia Yang Tinggal Di Sana, Segalanya Dapat Ditempuhi Dengan Baik.

Jelasnya, bukan mudah baginya untuk membiasakan diri dengan budaya berbeza di Belanda, namun kesukaran itu dapat ditempuhi hasil bantuan rakyat Malaysia yang tinggal di The Hague.

therakyatpost.com

Ini termasuklah rakan sekerjanya dari Malaysia yang memegang taraf penduduk tetap di Britain. “Dia sudah tidak memegang kerakyatan Malaysia, tetapi saya rasa apa yang dikatakan ada kebenaran; rakyat Malaysia tetap rakyat Malaysia,” kata lagi.

mstar.com.my

Dalam Pada Itu, Beliau Menggalakkan Orang Ramai Untuk Berhijrah Dan Menimba Ilmu Di Negara Asing Kerana Dengan Pengalaman Yang Ditimba, Pasti Akan Membuatkan Seseorang Lebih Menghargai Malaysia

Pengalaman beliau di luar negara juga telah membuatkan dirinya lebih menghargai Malaysia, katanya. Kepada mereka sedang mempertimbangkan untuk meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian atau bertugas, Nasarudin menasihatkan mereka supaya meneruskan hasrat tersebut.

mstar.com.my

Nasarudin menggalakkan rakyat Malaysia untuk menuntut ilmu di negara asing bagi menjadikan mereka lebih menghargai Malaysia.

Image via meldmagazine.com.au

“Apabila anda bekerja di luar negara, tidak kira betapa kecil tugas anda, anda sebenarnya membawa bendera negara."

informasi.my

"Ia tidak akan merugikan anda sebagai rakyat Malaysia. Peluang yang baik hanya datang sekali seumur hidup, jadi jangan sia-siakan peluang. Pengalaman kerja itu akan menjadi sesuatu yang berharga dalam hidup," jelas beliau.

mstar.com.my

Harapan Nasarudin Agar Pencapaiannya Itu Dapat Merangsang Lebih Ramai Anak-Anak Muda Malaysia Untuk Melakukan Sesuatu Bagi Mencapai Impian Negara Memenangi Hadiah Nobel Di Masa Depan

“Saya tidak boleh kembali lagi, kerana tidak ada kerja di Malaysia untuk bidang pengkhususan saya. Saya boleh memberi sumbangan yang lebih, jika saya tinggal di The Hague, walaupun saya benar-benar rindukan suasana Malaysia,” katanya berjenaka.

themalaysianinsider.com

Pada masa sama, beliau berharap kemenangan pasukannya dapat merangsang anak muda Malaysia untuk mencapai impian negara memenangi Hadiah Nobel dalam kemajuan budaya atau saintifik.

mstar.com.my

Pemenang Hadiah Nobel Keamanan Menerima Pingat, Diploma Dan Wang Tunai Sehingga RM3.7 Juta. Nasarudin Bagaimanapun Berkata Kemenangan Itu Bukan Untuk Pencapaian Individu Tetapi Kerja Berpasukan.

“Saya tidak memenangi hadiah Nobel untuk pencapaian individu. Saya menerimanya bersama organisasi, untuk kerja-kerja keseluruhan pasukan,” kata pakar munisi dan senjata kimia itu.

therakyatpost.com

Anugerah Nobel Keamanan diberikan kepada OPCW, termasuklah pingat, diploma dan hadiah wang tunai kira-kira 900,000 euro (RM3.77 juta).

informasi.my

Kami Di SAYS Mengucapkan Jutaan Tahniah Kepada Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof Di Atas Pencapaian Menjadi Rakyat Malaysia Pertama Menerima Anugerah Nobel Keamanan. Semoga Terus Sukses Di Masa Hadapan.

Leave a comment