Rakyat Malaysia Yang Ingin Memasuki Negara Eropah Wajib Melalui Proses ETIAS Terbaru

Proses ETIAS ini akan bermula pada tahun 2020.

Bermula tahun 2020, rakyat Malaysia yang ingin bercuti ke negara-negara Kesatuan Eropah (EU) perlu melalui prosedur imigresen yang terbaru

Image via Lacock Gullam

Sistem terbaru ini dikenali sebagai European Travel Information and Authorisation System (ETIAS). Prosedur ini juga dikatakan akan menjadi satu syarat WAJIB kepada semua pelancong dari negara yang mempunyai status visa-free.

Dengan kebenaran ETIAS yang sah, setiap warganegara dari negara bebas visa boleh tinggal di Kawasan Schengen untuk tempoh sehingga 90 hari. Kawasan Schengen adalah semua negara dibawah Kesatuan Eropah (EU) kecuali Bulgaria, Croatia, Cyprus, Ireland, Romania dan United Kingdom.

Proses kebenaran ETIAS adalah automatik dan berpusat di seluruh kawasan Schengen manakala visa EU diproses secara kes demi kes oleh pegawai visa setiap negara.

Ia merupakan satu prosedur yang akan digunakan bagi menangani masalah individu yang tidak layak sebelum mereka dibenarkan menyeberangi sempadan negara-negara Eropah

Image via Financial Times

Walaupun rakyat Malaysia masih boleh menikmati keistimewaan untuk mengakses negara Eropah tanpa visa, ETIAS akan menjadi keperluan mandatori sebagai sebahagian daripada inisiatif legislative intergovernmental EU yang diwujudkan untuk menguatkuasakan keselamatan.

ETIAS dilengkapi dengan Entry–Exit System (EES) yang akan mempercepat dan memajukan prosedur kawalan sempadan dengan menawarkan perlindungan yang lebih baik terhadap penipuan dokumen serta pemalsuan identiti.

Proses permohonan ETIAS dapat dilakukan secara online. Ianya sah selama 3 tahun dan kos yang akan dikenakan adalah 10 Euro (lebih kurang RM48.30).

Menurut EtiasEurope.eu, setelah permohonan diserahkan, sistem ETIAS akan mengesahkan maklumat yang telah anda berikan dan secara automatik akan memproses aplikasi dan memeriksa butiran dengan pelbagai platform sistem maklumat EU (seperti SIS, VIS, Europol, Interpol, Eurodac, dan sebagainya) untuk tujuan keselamatan.

Selepas menentukan sama ada kebenaran untuk memasuki EU boleh diberikan kepada anda, sistem ETIAS kemudian akan mengeluarkan atau menolak kebenaran jika anda tidak layak.

Sekiranya sistem meluluskan permohonan anda, anda akan menerima kebenaran secara langsung melalui e-mel.

Walaupun prosesnya mudah dan akan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja, anda disyorkan untuk mula memohon ETIAS sekurang-kurangnya 3 hari sebelum anda berlepas.

Sebelum anda membuat permohonan ETIAS, pastikan anda sertakan semua butiran yang diperlukan seperti:

Image via Etiaseurope

  1. Butiran peribadi anda seperti nama, jantina, tarikh dan tempat kelahiran
  2. Alamat rumah
  3. Maklumat hubungan
  4. Kewarganegaraan
  5. Maklumat dokumen perjalanan

Malah, anda juga perlu memberitahu pihak berkuasa mengenai apa-apa sabitan untuk kesalahan jenayah yang serius. Contohnya termasuk keganasan, eksploitasi seksual kanak-kanak, pemerdagangan orang mahupun kes dadah, pembunuhan dan rogol.

Anda juga harus mendedahkan butir-butir (jika ada) dari penginapan di kawasan tertentu dan keputusan-keputusan pentadbiran yang terdahulu yang mengharuskan anda meninggalkan negara, sepanjang sepuluh tahun yang lalu.

Image via Europas

Berikut adalah negara-negara yang mewajibkan ETIAS bermula tahun 2020:

Image via Etiaseurope

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh klik di link ini!

NOTA: Sila ambil perhatian bahawa ETIAS masih dalam peringkat cadangan. Segala maklumat yang disediakan di atas mungkin berubah sebelum sistem baru bermula pada tahun 2020. Kami akan mengemas kini ini jika ada maklumat yang terbaru.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Alamak, kalau anda terlupa bayar PTPTN dan tak lepas untuk keluar Malaysia, baca perkongsian ini untuk langkah-langkah buang blacklist:

Antara idea lain untuk anda jika ingin pergi bercuti. Banyak lagi tempat menarik! Siap ada itinerari lagi :)

Leave a comment