Rakyat Mengeluh, "Kenapa Bukan Harga Minyak RON95 Yang Turun?"
Apa respon rakyat terhadap penurunan harga minyak RON97?
Seperti sedia maklum, harga petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen daripada RM2.75 seliter kepada RM2.55 seliter mulai tengah malam 18 November 2014
Penurunan harga minyak ini sepatutnya memberi berita gembira kepada rakyat. Tetapi apabila dinilai dari respon yang diberi, ramai yang didapati tidak menyokong tindakan kerajaan. Kenapa?
Walaupun kehidupan rakyat kini kian terhimpit dengan kenaikan harga barang, mereka merasakan adalah lebih baik jika kerajaan menurunkan harga minyak RON95 berbanding memberi BR1M
Dalam pada itu, ada juga netizen yang berasa hairan dengan reaksi sesetengah pihak yang sering kali 'complain' walaupun kerajaan telah menurunkan harga minyak RON97
Penurunan harga ini juga memberi peluang kepada beberapa individu untuk menggalakkan penggunaan minyak RON97 yang dikatakan lebih jimat
Seperti biasa, sejurus sahaja pengumuman dibuat kerajaan, orang ramai mula menyebarkan pelbagai 'troll' di laman sosial seperti di bawah:
Jadi, adakah ini merupakan jalan penyelesaian yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut harga minyak?