Menteri 'Racist' Dan 9 Lagi Reaksi Netizen Terhadap Low Yat 2 Untuk Melayu
Adakah perkara ini akan menggalakkan perasaan perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia?
Semalam, Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan cadangan menubuhkan pusat jualan barangan elektronik Low Yat 2 khusus untuk peniaga Melayu
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Image via www.freemalaysiatoday.comPremis itu, seperti Plaza Low Yat di Bukit Bintang, dicadangkan dibuka di Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, di ibu negara.
"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya. Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini."
"Kita sedar dengan kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama, seperti di Bukit Bintang dan bangunan Pertama Kompleks yang bersebelahan bangunan MARA, namun kita percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal."
"Kita sasarkan golongan peniaga seratus peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," jelas Ismail.
Seperti yang dijangka, isu ini terus melonjak naik menjadi topik bualan top 10 dalam senarai Malaysia Trends di dunia burung biru, Twitter