seismik

Ramai Tak Tahu Apa Fungsi Bulu Pada Punggung, Dengar Penjelasan Lelaki Ini

Oh, baru tahu.

Cover image via @muazr76 (TikTok) & Odisi

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menjaga kebersihan diri adalah amat penting dalam kehidupan kita

Terutama pada sekitar badan kita, pastinya kita perlu lebih menjaga dan peka. Badan bersih barulah rasa lebih berkeyakinan betul tak?

Malah, mencukur bulu seperti dipersekitaran kemaluan amat perlu. Hal ini juga adalah untuk menjaga kebersihan diri. Namun, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa dibahagian punggung mempunyai bulu, apakah fungsinya?

Perkara itu telah menarik perhatian seorang pelajar perubatan yang menerangkan apakah fungsi bulu pada bahagian punggung.

Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan memberitahu perkara ini adalah normal bagi setiap orang. Namun, jika tumbuh bulu halus di permukaan punggung, terutama bagi wanita kerana ia juga boleh menjadi salah satu tanda penyakit Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Katanya fungsi bulu punggung ini adalah untuk mengurangkan geseran di antara permukaan punggung.

"Caranya mengurangkan geseran adalah bulu-bulu ini mengeluarkan air peluh. Dengan adanya peluh ini ia akan bertindak sebagai pelincir supaya tidak berlaku geseran dan mengelakkan daripada melecet.

"Kalau korang nak test function bulu ni korang pergilah shave atau wax lepastu korang tengok melecet atau tidak. Kalau melecet maksudnya functionlah bulu tu,"katanya.

"Akhirnya, dah 23 tahun baru tahu apa fungsinya" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2M views, 107.1K likes dan 3,449 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: