seismik

Rangkuman Penuh Isu Salib Gereja Taman Medan Yang Dikecam Rakyat Malaysia

Mampukah objek tidak bernyawa memesongkan akidah orang Islam di Malaysia?

Cover image via SAYS.com

[TERKINI] Pihak gereja bimbang keselamatan jika letakkan semula salib

Pemimpin gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang menurunkan salib dipasang pada premis berkenaan selepas menerima bantahan penduduk tempatan Ahad lalu, sedang mempertimbangkan keselamatan mereka sebelum membuat keputusan untuk meletakkannya semula.

Walaupun mendapat jaminan daripada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dan polis, namun pentadbiran gereja Community of Praise itu masih risau akibat yang akan terjadi jika memasang semula simbol keagamaan mereka yang menjadi kontroversi itu.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang mempunyai hubungan rapat dengan gereja itu berkata, pemimpin gereja dan ahlinya akan berbincang sesama mereka sama ada meletakkan semula salib itu satu pilihan yang bijak atau tidak.

themalaysianinsider.com

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian yang mempunyai hubungan rapat dengan gereja itu berkata, pihak gereja akan berbincang sama ada meletakkan semula salib itu satu pilihan yang bijak atau tidak

"Ya, mereka boleh meletakkannya (salib) pada bila-bila masa, tetapi isu keselamatan perlu diambil kira juga. Mereka memerlukan jaminan keselamatan daripada polis," kata Hee.

Pendirian itu diambil walaupun terdapat jaminan daripada kerajaan negeri Selangor yang gereja berkenaan tidak melanggar sebarang undang-undang dan pihak berkenaan diminta meletakkan semula simbol salib itu di tempat asalnya.

themalaysianinsider.com

Seorang wakil dari gereja itu memberitahu polis beliau takut dengan ugutan salah seorang penunjuk perasaan pada hari kejadian yang menuntutnya menurunkan salib tersebut

Image via youtube.com

"Salah seorang daripada lelaki itu memakai baju Melayu merah dan bersongkok hitam. Dia nampak sangat marah dan berkata, turunkan salib sekarang," katanya kepada polis pada Selasa.

themalaysianinsider.com

23 April: Lambang Salib dibenarkan pasang semula di gereja Taman Medan

Gereja kontroversi yang terletak di lot Perniagaan Metro Taman Medan, Petaling Jaya dibenarkan memasang semula tanda salib di premis itu, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, salib merupakan simbol suci bagi penganut Kristian dan masyarakat lain perlu menghormatinya.

"Ya, tak menjadi masalah. Sebaliknya persoalan kita adalah, kenapa paksa mereka turunkan salib? Ini kerana salib adalah lambang suci kepada penganut Kristian dan masyarakat perlu hormat," kata Azmin.

Azmin berkata, tindakan tegas perlu diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mengadakan protes Ahad lalu. Katanya lagi, protes itu tidak boleh diterima dan semua pihak perlu saling menghormati antara penduduk berbilang agama di Selangor.

themalaysianinsider.com

22 April: Abang Ketua Polis Negara disoal siasat hari ini

Abang kepada ketua polis negara, Datuk Abdullah Abu Bakar, akan menemui polis hari ini untuk disoal siasat berhubung insiden protes di depan gereja di Taman Medan, Petaling Jaya, Ahad lalu.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider, polis menghubunginya awal hari ini memintanya hadir ke Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya.

"Sekiranya tiada sebarang halangan, saya akan hadir untuk disoal siasat pada hari ini juga. Saya akan datang hari ini kerana saya pun tidak suka perkara ini bertangguh-tangguh. Saya tidak tahu orang lain ada dipanggil atau tidak," kata Abdullah.

themalaysianinsider.com

Dalam perkembangan lain, majlis antara agama menetapkan sesebuah gereja tidak perlu didaftarkan untuk wujud dan beroperasi merujuk kepada Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

Presiden MCCBCHST, Jagir Singh.

Image via www.themalaymailonline.com

Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia (MCCBCHST) berkata, berdasarkan Perlembagaan, tidak ada undang-undang yang menghendaki sebuah gereja mendaftarkan tempat ibadat mereka.

"Perkara 11(3) menyatakan, setiap agama mempunyai hak untuk memperoleh harta dan mengawal selia hal ehwal mereka sendiri tanpa apa-apa kelulusan. Jadi soal menyalahi undang-undang, sama sekali tidak timbul di sini."

"Saya tidak tahu sama ada kita memerlukan lesen untuk sembahyang... Saya tidak fikir begitu. Ibadat boleh dilakukan di setiap rumah, di setiap kedai di kawasan komersial. Anda tidak perlu kebenaran khusus untuk itu. Mereka yang mempunyai kedai ada altar di premis mereka, dan bersembahyang di situ... adakah ini bermakna mereka memerlukan lesen untuk berbuat demikian,” jelas Presiden MCCBCHST, Jagir Singh.

themalaysianinsider.com

21 April: Difahamkan, gereja di Taman Medan itu tidak mempunyai lesen beroperasi sebagai tempat ibadat, serta tiada permit meletakkan salib pada bangunan itu

Image via antarapos.com

"Lot kedai yang ditukar kepada tempat ibadat atau pusat meditasi mesti mematuhi Akta 133 Seksyen 70 (12) dan permohonan bertulis dengan aktiviti dinyatakan hendaklah dikemukakan untuk kelulusan."

"Kita memerlukan pematuhan ini bagi memastikan keselamatan penduduk menggunakan bangunan itu. Tidak kisah sama ada ianya (simbol) teratai, trident atau salib, permit majlis diperlukan," jelas pegawai perhubungan awam MBPJ, Zainun Zakaria.

antarapos.com

Walau bagaimanapun, kerajaan negeri Selangor berkata gereja dibenarkan beroperasi di premis komersial tanpa adanya permit, sekaligus memaklumkan salib itu boleh diletakkan semula ke tempat asal

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Bukan Islam, Elizabeth Wong.

Image via thestar.com.my

"MBPJ juga menjelaskan sejak 2008 Jawatankuasa Kerajaan Negeri Perhubungan Bukan Islam membenarkan gereja beroperasi di premis komersial atau pejabat tanpa permohonan permit tetapi melalui notis pemberitahuan kepada penduduk."

"Ia berdasarkan artikel 11, Perlembagaan Persekutuan merangkumi kebebasan beragama. Tidak ada dalam polisi itu yang dipanjangkan dalam jawatankuasa. Notis pemberitahuan sudah mencukupi dan sekiranya penduduk atau ahli majlis mempunyai sebarang isu atau pertanyaan mereka boleh merujuk kepada kita," kata Pengerusi Bersama Jawatankuasa Perhubungan Bukan Islam, Elizabeth Wong.

themalaysianinsider.com

Adakah protes gereja ini ada kaitan dengan UMNO? Datuk Seri Noh Omar menafikan sekeras-kerasnya.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

Image via freemalaysiatoday.com

“Perkara itu (demo) tidak ada kaitan dengan UMNO. Apa kena-mengena dengan UMNO. Mengapa mesti kaitkan dengan UMNO?"

“Ada juga ahli UMNO yang jadi ahli PERKASA, ada yang jadi ahli persatuan penduduk, awak kena tengok mereka bertindak atas kapasti apa,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.

freemalaysiatoday.com

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata peserta protes itu akan disiasat polis mengikut Akta Hasutan atau peruntukan undang-undang sedia ada

"Polis akan menjalankan siasatan terhadap kumpulan yang telah mengadakan bantahan di Taman Medan. Jika mereka didapati melanggar undang-undang negara, tindakan boleh diambil di bawah Akta Hasutan atau undang-undang sedia ada."

"Akta Hasutan bertujuan menjamin keamanan dan keharmonian kaum di negara ini dan ia melindungi semua agama dan kaum," katanya.

bernama.com

19 April: sekumpulan Melayu melakukan protes terhadap sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya untuk menurunkan lambang salib yang terpampang di luar gereja

Kira-kira 50 penduduk tempatan berkumpul di tepi Jalan PJS 2B/3, Taman Medan, Petaling Jaya membantah kewujudan sebuah gereja di Taman Medan.

Image via thestar.com.my

Gereja tersebut dipercayai baru saja beroperasi selama dua hari. Kumpulan ini membantah penggunaan lambang salib di luar gereja kerana kawasan itu dikatakan mempunyai penduduk Melayu seramai 95%.

Mereka juga menyifatkan kemunculan gereja di kawasan tersebut sebagai cubaan mengganggu-gugat keamanan dan keharmonian kawasan berkenaan.

Saksikan video penuh di bawah:

Apa kata orang ramai?

"Apa benda yang offensive sangat tanda salib ni? Geram pulak aku," kata seorang netizen. Majoriti rakyat Malaysia merasakan tanda salib itu langsung tidak memberi sebarang impak negatif terhadap iman seorang Muslim.

Rata-rata juga menganggap kejadian sebegini terjadi kerana wujudnya golongan ekstremis yang merosakkan nama baik agama

Apa yang menghairankan ialah, perkara ini tidak pula berlaku di Sabah dan Sarawak. Menurut penduduk di sana, semua golongan dikatakan menghormati antara satu sama lain tidak kira bangsa dan agama.

"Kami yang non-Muslim ni tak pernah mahu menyesatkan mana-mana orang Islam. Kami memang sedar agama Islam itu agama rasmi negara," luah seorang warga Kristian.

Tindakan mengadakan protes itu turut mendapat kecaman Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, Marina Mahathir dan pemimpin UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Image via thestar.com.my

Azmin Ali: “Desakan ini tidak boleh diterima kerana tidak menghormati komuniti mereka. Saya tidak membenarkan ada unsur ekstremis seperti ini dan harap polis dapat menyiasat secara profesional untuk memastikan desakan yang boleh menimbulkan ketegangan kaum dapat dihentikan. Saya berharap mereka yang bertanggungjawab harus diambil tindakan."

therakyatpost.com

Marina Mahathir.

Image via themalaymailonline.com

Marina Mahathir: "Hari yang amat sedih apabila umat Islam mula mempercayai yang satu objek tidak bernyawa mempunyai kuasa atas mereka."

themalaysianinsider.com

Pemimpin UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah.

Image via asiapacific.anu.edu.au

Datuk Saifuddin Abdullah: "Cara tegakkan Islam ialah dengan bijaksana, pengajaran baik dan debat/dialog terbaik (an Nahl 125). Bukan dengan turunkan salib di gereja. Kalau kita amal Islam dengan baik, bukan Islam tidak ada sebab nak salahkan kita. Kalau mereka persoal azan dan sebagainya, baiki/jelaskan. Islam agama nasihat, bukan dendam."

"Lihat kepada gambaran lebih besar: kalimah Allah, rampasan Bible, salib dan Akta Hasutan, adakah kita menjunjung Islam yang bersifat kasih pada semua?"

themalaysianinsider.com

Pihak gereja berkenaan bagaimanapun terpaksa akur dengan protes itu dan mengambil keputusan untuk menurunkan lambang salib terbabit

Lambang salib telah diturunkan.

Image via whotalking.com

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perhimpunan itu tidak melibatkan unsur hasutan kerana tidak menyentuh isu agama atau agama Kristian

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Image via www.therakyatpost.com

“Dalam isu di Petaling Jaya itu, kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu."

“Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri. Tidak ada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib itu."

“Pihak kami telah merujuk perkara ini kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan negeri. Mereka perlu melihat apa juga isu yang dibangkitkan oleh masyarakat di situ untuk menyelesaikan perkara itu,” kata Khalid.

malaysiakini.com

Difahamkan, protes tersebut diketuai oleh ketua kampung Taman Medan, Datuk Abdullah Abu Bakar yang juga abang kepada Ketua Polis Negara

Datuk Abdullah Abu Bakar.

Image via youtube.com

"Kami bukan menentang penganut Kristian. Saya boleh tunjukkan kuil di Taman Medan di mana penduduk tidak ada isu mengenainya. Penduduk berasa cemas melihat salib. Mereka tidak selesa dan sensitif. Sesetengah mereka mengadu, pemandangan pertama mereka bila buka tingkap ialah salib."

"Saya seorang Islam. Sekumpulan pemuda dalam Whatsapp saya mengetengahkan isu salib itu dan mula menuding jari kepada pelbagai pihak. Sebagai pemimpin, saya campur tangan dan menasihati mereka tidak bercakap sedemikian. Saya kemudian bersetuju menemui mereka menyelesaikan perkara tersebut," kata Abdullah.

themalaysianinsider.com

Sementara itu, apabila ditanya sama ada isu ini berbaur hasutan atau tidak, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjawab, “Sudah tentu! Ya, ya, ya!”

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Image via www.detikdaily.net

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, bantahan penduduk terhadap salib di gereja Taman Medan semalam merupakan satu tindakan yang berbentuk hasutan, bercanggah dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Sudah tentu! Ya, ya,ya! Saya sangat buta warna. Polis sangat buta warna. Tindakan perlu diambil atau akan diambil terhadap mereka.”

“Sudah tentu, sudah tentu, sudah tentu tindakan disiplin akan diambil… Kerana mereka melanggar peraturan. Dalam UMNO, kita perlu hormati agama lain. Mereka perlu menerima akibatnya,” kata Zahid.

themalaysianinsider.com

Jadi, pendapat anda pula bagaimana? Kongsikan bersama kami di ruangan komen di bawah.

Minggu lalu, nama Ahmad Maslan melonjak naik dan terus mendapat tempat pertama dalam Malaysia Trends di Twitter:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: