"Rasa Apa" - Lelaki Ini Tunjuk Letak Lebihan Susu Isteri Dalam Makanan Terima Reaksi Ramai
Sedap ke?
Seperti umum tahu, susu ibu adalah susu yang dikeluarkan khas untuk diberikan kepada bayi
Susu ibu merupakan minuman terawal bagi seorang manusia dan sifatnya sangat baik untuk dicerna oleh bayi. Malah, susu ibu lebih baik berbanding susu haiwan dan susu formula untuk diberikan kepada anak.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video apabila seorang lelaki berkongsi menuang lebihan susu si isteri dalam makanan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
Siap masukkan lebihan susu isteri dalam makanan
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki berkongsi makanan yang hendak dimakannya iaitu Sagu buah.
Tetapi, apa yang lebih menarik tumpuan adalah dia kemudian menunjukkan lebihan susu isterinya dan mula menuangkan dalam makanan.
"Kalau baby tak habiskan, biar papa habiskan," tulisnya.
"Ni kalau bawa ke pejabat, lepastu kawan minta tak ke haru" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi dan padangan mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 50.2K likes dan 2,006 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!