seismik

Tak Sangka Bila Beraya Rumah Lecturer, Dapat Bawa Balik Kucing 'British Short Hair' Pula

Wah untungnya!

Cover image via @pastelbabe__ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, bulan Syawal kali ini sudah tentu meriah dengan kehadiran tetamu selepas hampir 2 tahun tidak dapat menziarahi

Ramai yang datang beraya, bukan setakat keluarga, malah kawan-kawan dan jiran tetangga juga datang singgah. Iyalah, bila lagi nak duduk bersama sembang dan makan kuih raya. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang pensyarah dilihat memberi kucing kesayangan kepada anak murid yang beraya di rumahnya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pensyarah selamba berikan setiap anak muridnya seekor kucing untuk dibawa balik

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan sedang beraya sakan di rumah pensyarah mereka. 

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila sebelum balik, mereka semua ingin salam lalu mencium tangan pensyarah mereka sebelum balik. Namun, pensyarahnya itu dilihat menghulurkan seekor kucing British Short Hair kepada setiap anak muridnya untuk dibawa pulang. 

Hadiah itu menggantikan duit raya yang sepatutnya diberikan kepada pelajar. Mereka juga dilihat sangat seronok mendapat kucing yang comel. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@pastelbabe__

Reply to @noorlailamahfud dobot cakap hi everyone!!!

Love - <3

"Mesti anak dia macam lepas habis record ni dorang pulang balik kan ayah?" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 976K tontonan, 135 tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut teruja. Malah mereka juga seperti tidak percaya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bestnya, beruntungnya semua. Tapi muka anak lecturer tu macam tak rela betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: