seismik

Rebah Di Rakaat Pertama, Arwah Tetap Tersenyum

Seorang guru sekolah pondok yang berasal dari Thailand didapati meninggal dunia dalam keadaan 'senyum' ketika sedang menunaikan solat Isyak.

Cover image via imgur.com

"Saya Lihat Wajah Arwah Kelihatan Tersenyum," Kata Seorang Saksi

Image via imgur.com

“Saya lihat wajah arwah kelihatan tersenyum,” kata Samsuddin Yasin, 52, antara saksi seorang guru pondok meninggal dunia ketika solat Isyak pada rakaat pertama di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih dikenali sebagai Masjid Beijing di Rantau Panjang..

hmetro.com.my

“Walaupun arwah penduduk negara jiran, namun dia selalu solat berjemaah di masjid ini. Saya terkejut arwah meninggal dunia ketika sedang solat di masjid ini," katanya.

hmetro.com.my

Arwah Yang Bernama Mahama Jehma, 56 Dikatakan Rebah Pada Rakaat Pertama Solat Isyak

Image via akamaihd.net

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.45 malam itu, Mahama tiba-tiba rebah pada rakaat pertama solat.

peraktoday.com.my

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk siasatan lebih lanjut.

peraktoday.com.my

“Hasil pemeriksaan awal, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat sakit jantung dan tiada unsur jenayah ditemui. Bagaimanapun, pihak polis masih menunggu laporan lengkap berhubung punca kematian mangsa,” katanya.

peraktoday.com.my

Kami Mendoakan Semoga Arwah Ditempatkan Dalam Kalangan Orang-Orang Beriman

Image via abdul-sidik.com

Kematian Mahama Jehma Ini Seakan-Akan Mirip Kejadian Di Bangi, Selangor Pada Bulan Ogos Lalu

You may be interested in: