seismik

[KISAH PENUH] 30 Remaja Hilang Dalam Banglo 'Berhantu' Villa Nabila?

Berita paling gempar hari ini adalah berkenaan kisah remaja yang telah hilang di dalam sebuah banglo kosong yang dikatakan berhantu dan penuh unsur misteri. Ada pula yang berkata seramai 30 orang telah hilang di sana! Teruskan membaca untuk kisah selanjutnya, dan diharap datang kembali ke SAYS untuk mengetahui berita terkini mengenai Villa Nabila.

Cover image via

[TERKINI] Sebab Mengapa Villa Nabila Yang 'Berhantu' Tidak Akan Dirobohkan. Setuju?

Image via thestar.com.my

1) "Kita tidak boleh sesuka hati mengambil alih harta atau merobohkannya walaupun ia telah kosong selama bertahun-tahun kerana ia adalah harta persendirian. Villa Nabila hanyalah sebuah banglo yang ditinggalkan dan sama ada ia menyeramkan atau tidak seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu, masih belum disahkan," kata Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled Nordin.

mstar.com.my

2) Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) tidak bercadang untuk merobohkan Villa Nabila atau Christine Palace yang terletak di Jalan Skudai. Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim berkata, pihaknya boleh merobohkan banglo tinggal terbabit sekiranya bangunan itu mendatangkan bahaya atau mudarat kepada orang ramai.

sinarharian.com.my

3) “Villa Nabila dimiliki dua pihak iaitu seorang individu warga Singapura dan sebuah syarikat. Mengikut rekod kami, kedua-dua pihak menjelaskan cukai setiap tahun, malah tiada tunggakan direkodkan. Kami mengeluarkan notis itu untuk memerintahkan mereka membersihkan serta memagar kawasan berkenaan bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan berkenaan," ujar Datuk Bandar Ismail Karim.

hmetro.com.my

T-Shirt, Seluar Dan Cap Bertema Villa Nabila Akan Dijual

A designer has jumped on the Villa Nabila bandwagon by coming up with T-shirts inspired by the widely-reported incident of the boy who “went missing” after visiting an abandoned bungalow in Danga Bay.

thestar.com.my

“The T-shirts come only in black colour, printed with witty lines to poke fun at the whole incident,” he said at his shop called The iPrintings in Taman Perbadanan Islam here yesterday.

thestar.com.my

Poking fun: Ahmad Fatah showing the Villa Nabila designs he had made in his laptop at his shop in Taman Perbadanan Islam, Johor Baru.

Image via thestar.com.my

David Teo Ingin Menerbitkan Filem Dokumentari Tentang Misteri Villa Nabila

Misteri di sebalik Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru itu menarik perhatian David Teo untuk menerbitkan filem dokumentari berkaitan kisah penunggu yang menghuni banglo itu sejak 40 tahun lalu & penerbit itu percaya ianya boleh menjadi subjek yang kuat untuk filem.

rotikaya.com

"Namun projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan kerana ada beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala Highland Tower. Kita tengok dulu kesesuaian dan dan persetujuan individu yang bakal dipertanggungjawabkan sebagai pengarah projek ini," kata David Teo.

beautifulnara.com

David Teo bagaimanapun berkata projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan dan bertegas yang MIG perlu mengeluarkan produk baru setaraf Highland Tower yang di arahkan Pierre Andre dan berjaya mengutip RM3.5 juta di pawagam.

blogspot.com

Photo from: RotiKaya

Image via rotikaya.com

Pemilik Tanah #VillaNabila Seorang Warganegara Singapura

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan merujuk rekod pemilikan itu dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mendapatkan kepastian.

sinarharian.com.my

“Saya akan tanya dengan Datuk Bandar dan tengok macam mana, kita nak tengok sama ada bayar cukai harta atau tidak,” katanya.

sinarharian.com.my

Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu seorang warganegara Singapura.

sinarharian.com.my
Image via mstar.com.my

"Saya Minta Maaf Kepada Semua Pihak," Kata Izzat

Mohamad Izzat Izuddin Hussin tampil memohon maaf kerana telah menyusahkan ramai pihak yang mencarinya di sekitar Villa Nabila, Johor Bahru.

blogspot.com

“Saya lupa beritahu ibu yang saya mungkin tidak akan pulang malam itu,” kata pelajar Tingkatan Empat itu di rumahnya Kampung Hajah Hasnah Majidee dekat sini.

suaragenerasibaru.com

[TERKINI] Izzat Izzudin Yang Dilaporkan Hilang Di #VillaNabila Telah Dijumpai

Identiti Remaja Hilang: Mohd Izzat Izzudin Hussin, 16 tahun

Image via melvister.com

Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.

hmetro.com.my

Setelah Buletin Utama menyiarkan berita mengenai kehilangan remaja itu, orang awam yang tinggal di Flat Desa Mutiara telah menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

blogammar.com
Image via blogspot.com

Izzat yang sebelum ini memasuki Villa Nabila dikatakan membuat keputusan tidak pulang ke rumah dan tinggal di rumah rakannya.

blogammar.com

Izzat difahamkan bersama rakannya memasuki Villa Nabila awal pagi Ahad sebelum keluar menerusi pintu belakang dan membuat keputusan tidak pulang ke rumahnya, sebaliknya tidur di rumah rakannya.

bharian.com.my

Laporan polis penemuan Izzat Izzudin

Image via blogspot.com

Remaja Yang Masih Hilang Mungkin Disorok Makhluk Halus

Pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan remaja lelaki yang hilang di villa terbiar di Johor Bahru, masih berada dalam keadaan selamat.

sinarharian.com.my

Pengasas Pusat Rawatan Islam At Tobibi Nilai, Datuk Shamsuri Shafie berkata, mangsa berkemungkinan disembunyikan makhluk halus yang menghuni villa itu.

sinarharian.com.my

“Mangsa tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi dia boleh melihat orang di sekelilingnya. Kita kena percaya benda ini boleh berlaku kerana kewujudan alam ghaib sememangnya sudah dijelaskan al-Quran,” kata Datuk Shamsuri Shafie.

blogspot.com

Foto dari: Sinar Harian

Image via sinarharian.com.my

[TERKINI] Menurut Twitter 'KYM International', 22 Orang Yang Dikatakan Hilang Dalam Villa Nabila Telah Dijumpai

Dijumpai dalam keadaan dirasuk..22 org dah dijumpa..seorang je belum dijumpai.. Sumber: Wujud Paranormal FB Page

Image via imgur.com

Tweet dari @TwtCYM

Image via imgur.com

Para remaja yang dijumpai

Image via imgur.com

Pada Jam 12pm, Polis Telah Menutup Pintu Masuk Ke Villa Nabila

Image via blogspot.com

Update dari Twitter

Image via imgur.com

Di Manakah Villa Nabila?

Villa Nabila pada waktu siang

Image via blogspot.com

Villa Nabila terletak berhampiran dengan Danga Bay, Johor Bahru. Pintu gerbangnya terletak di bawah bukit berhampiran dengan Christine Palace (katanya dah takde), tapi struktur villa ni bertingkat-tingkat dan sangatlah luas.

amirez.com

Gambar pintu masuk ke Villa Nabila

Image via blogspot.com

Villa itu sebenarnya dijadikan oleh remaja rempit untuk bersembunyi sewaktu dikejar oleh polis trafik. Kalau mereka berhenti berhampiran rumah lain, pemilik rumah akan memberitahu pihak polis, mereka bukan kaum keluarga. Lebih menarik lagi, saya difahamkan, sebilangan remaja terbabit juga mengambil peluang mengadakan hubungan seks di villa itu kerana tidak ramai orang ke situ pada waktu malam. Selain daripada Villa Nabila, ada lagi sebuah rumah di kawasan sama. Semua barang tinggalan ditutup menggunakan kain putih

mazidulakmal.com
Unsupported video platform

Menurut Sumber Rasmi, Seorang Remaja Hilang Di Villa Nabila Sejak 16 November

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

melvister.com

Pasukan penyelamat di luar Villa Nabila

Image via blogspot.com

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja yang berasal dari Majidee, di sini itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin namun tidak pulang ke rumah sehingga kini selepas masuk ke dalam Villa Nabila di Jalan Skudai, Johor.

kosmo.com.my

Namun, Kecoh Di Media Sosial Apabila 30 Orang Dikatakan Hilang

Dikatakan 30 orang remaja telah memasuki Villa Nabila

Image via blogspot.com

Pada 16 November 2013, sekumpulan remaja dipercayai memberanikan diri untuk menjejak makhluk ghaib ala 'seekers'. Daripada 30 orang yang masuk ke Villa Nabila tersebut, hanya 7 orang yang berjaya keluar.

blogspot.com

2 orang remaja yang dikatakan terselamat

Image via twimg.com

Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila.

melvister.com

Laporan dari Facebook

Image via blogspot.com

Orang Ramai Di Media Sosial Melaporkan Cerita Masing-Masing

Pengakuan dari Izral Jailani di Facebook

Image via blogspot.com

Antara remaja yang terselamat

Image via blogspot.com
Image via imgur.com

Polis Menafikan Laporan Yang Mengatakan 30 Orang Telah Hilang

Hanya seorang sahaja yang hilang

Image via fuh.my

Polis Johor mengesahkan hanya seorang remaja, bukannya 23 orang yang kononnya hilang di sebuah banglo usang di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini. Superintendan Abdul Samad Salleh berkata pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.

bharian.com.my

Penafian pihak polis

Image via blogspot.com

Banglo Tinggal Ini Dikatakan Berhantu Dan Dipenuhi Pelbagai Kisah Misteri, Antaranya:

Kawasan dalam Vila Nabila

Image via blogspot.com

1) Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

melvister.com

Gambar Villa Nabila

Image via blogspot.com

2) Pemaju banglo tersebut mendapat mimpi yang meminta agar dia menyempurnakan mayat-mayat kaum keluarga yang ditanam di dalam setiap kawasan rumah tersebut.

blogspot.com

Gambar siasatan di Villa Nabila

Image via blogspot.com

3) Menurut cerita, kalau orang yang masuk ke dalam rumah banglo tu dalam angka genap, ianya akan bertukar jadi ganjil. Macam mana tu? Masuk 8 orang, tapi sampai dalam ada 9 pulak. Sorang lagi tu siapa? Kadang-kadang ada yang nak balik dari tempat tu, enjin kenderaan tak boleh nak start.

blogspot.com

Villa Nabila

Image via blogspot.com

4) Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

nizarazu.com

Kisah misteri di Villa Nabila

Image via twimg.com

Villa Nabila Kini Dikatakan Dikerumuni Orang Ramai

Status dari Page "What's Going On in JB"

Image via imgur.com
Image via imgur.com

Orang ramai di luar banglo tersebut

Image via twimg.com
Image via twimg.com

Baca Kisah Misteri Lain Yang Menarik:

You may be interested in: