Remaja Iring Ambulans Dari Gambang Ke HTAA Bantu Pesakit Dapatkan Rawatan Segera Dipuji
Bagusnya dia!
Cover image via @ekin_zaid (Threads)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tindakan seorang remaja lelaki membantu mengiringi sebuah ambulans dari Gambang ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan meraih pujian ramai selepas kisahnya dikongsikan oleh seorang pengguna di media sosial
Menurut video tersebut, remaja berkenaan bukan sahaja mengekori ambulans sepanjang perjalanan, malah turut membantu memberi isyarat kepada kenderaan lain supaya memberi laluan bagi memudahkan perjalanan ambulans yang membawa pesakit.
"Terima kasih untuk adik motor ni sebab tolong clearkan jalan untuk ambulans kami lalu sepanjang jalan Gambang sampai ke depan hospital," katanya.
"Awak hebat dik. Semoga Allah permudahkan urusan hidup awak sebab awak dah permudahkan urusan kami," katanya.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai yang memuji sikap prihatin dan bertanggungjawab ditunjukkan oleh remaja berkenaan
Rata-rata netizen menyifatkan tindakannya sebagai contoh terbaik semangat kemasyarakatan serta kepekaan terhadap situasi kecemasan di jalan raya.
Ramai turut mendoakan agar segala urusan remaja tersebut dipermudahkan dan berharap lebih ramai pengguna jalan raya mencontohi sikapnya dengan sentiasa memberi laluan kepada ambulans yang sedang menjalankan tugas kecemasan.
Lihat video di bawah:
View on Threads
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


