Remaja Perempuan Maut Dihempap ​​Kayu Alang 1,000KG Ketika Membersihkan Tokong

Difahamkan, struktur itu dilaporkan telah dipasang kurang daripada lima tahun yang lalu.

Enlarge text
Cover ImageCover image via China Press & Sin Chew Daily

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang gadis berusia 17 tahun yang sedang membantu ibunya membersihkan sebuah tokong berhampiran rumah mereka terbunuh apabila sebatang kayu alang yang berat jatuh menimpanya

Menerusi laporan China Press, kejadian itu berlaku di sebuah tokong Cina di Tanjong Sepat, Selangor, sekitar jam 8 malam pada Selasa, 7 April.

Pada masa itu, hanya remaja terbabit dan ibunya yang berada di tokong terbabit. Semasa menyusun lampu di salah satu altar, Ibu mangsa tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Apabila dia berpaling, dia melihat anak perempuannya telah tersepit di bawah sebatang kayu alang yang dianggarkan seberat lebih 1,000kg.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata tiada unsur jenayah dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Beliau menambah, mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis terdekat atau menghubungi ibu pejabat polis daerah Kuala Langat di talian +603-3187 2222, lapor Sinar Harian.

SAYS.com
Image via China Press

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan telah dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat

Difahamkan bahawa struktur kayu alang itu telah dipasang pada 2022 dan bahagian tengahnya dipercayai telah reput.

Mangsa merupakan pelajar Tingkatan 5 yang dijadualkan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Mangsa dikatakan hanya berada di tokong selama kira-kira 15 minit sebelum kejadian itu berlaku, lapor Sin Chew Daily.

Keluarganya memaklumkan datuk mangsa pernah menyelenggara tokong berkenaan, tetapi selepas mengalami strok, tugas-tugas itu telah dikongsi bersama ahli keluarga.

SAYS.com
Image via China Press

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: