seismik

Siapa Nak Cuba Resepi Nasi Dagang Cara Engineer Ini? Unik & Siap Dalam Bentuk 'Flowchart'!

Menurut tweet Ajemi, dia telah meminta resepi nasi dagang daripada abangnya yang merupakan seorang jurutera.

Cover image via Twitter @wanazmi21 & Unilever Food Solutions

Kalau dapat merasa makan nasi dagang mesti seronok, bukan?

Lebih seronok kalau makan dengan lauk tradisi nasi dagang iaitu gulai ikan tongkol. Baru bayangkan saja terus dah buat tekak ini rasa terliur!

Gambar adalah sekadar hiasan.

Image via Unilever Food Solutions

Kalau baca resepi nasi dagang di laman-laman sesawang, banyak yang kata tidak susah pun sebenarnya cara untuk membuatnya. Kalau sudah memang 'pro' dalam bidang memasak, makanya jadi senanglah untuk mengikut resepi ini. 

Tapi cuba bayangkan kalau diri tidaklah berapa power memasak, dapat pula resepi dalam bentuk yang jarang kita lihat. Pasti susah nak hadam, bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan resepi nasi dagang yang diberikan abangnya.

Uniknya, resepi itu dalam bentuk flowchart!

Menurut tweet Wan Azmi atau Ajemi, dia telah meminta resepi nasi dagang daripada abangnya yang merupakan seorang jurutera.

Tetapi, agak mengejutkan namun menarik apabila abangnya memberikan resepi nasi dagang tersebut dalam bentuk carta aliran.

Setiap senarai ramuan, pengukuran, prosedur dan proses, serta langkah demi langkah termasuk masa, semuanya disenaraikan dengan teliti dan terperinci dalam carta aliran itu. Mudah bagi Ajemi untuk memahaminya.

Ternyata resepi nasi dagang yang diberikan si abang menjadi apabila Ajemi sendiri telah memuat naik dua gambar hasil resepi di rangkaian tweet tersebut. 

Ajemi turut berkongsikan jenama rempah yang dia gunakan untuk membuat gulai ikan tongkol.

Hasil tinjauan di laman Twitter, ramai yang teruja dan memuji resepi nasi dagang berbentuk flowchart ini

Bukan itu sahaja, rata-rata pengguna Twitter siap meminta izin untuk menggunakan resepi tersebut.

Paling best, seorang pengguna Twitter telah berkongsikan resepi cheesecake dalam bentuk gambarajah kimia!

Buat yang tidak pasti cara membaca dan melihat carta aliran itu, usah risau kerana Ajemi tidak lokek berkongsikan ilmunya.

Good luck pada yang nak cuba buat resepi nasi dagang flowchart ini. Penulis belum apa-apa dah pening.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Wow, power pemuda ini lakar wajah menggunakan produk makanan dan minuman!

More stories to read: