'Cool Down' Di Musim Panas Ini Dengan Ais Krim Choki Choki Buatan Sendiri!

Bukan kanak-kanak saja yang suka, ibu bapa pun pasti susah untuk 'resist' sebatang dua!

  • Cover image via SAYS

Cuaca panas membuatkan anda tidak selesa?

Image via Reddit

Bayangkan peti sejuk yang dipenuhi ais krim bila time panas-panas macam ni! Jom cuba resipi Ais Krim Choki Choki:

Bahan-bahan:
- 1 tin susu sejat
- 1/2 tin susu pekat
- 3 cawan air
- 2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1/2 sudu kecil garam
- Choki Choki
- Plastik ais krim

Cara-cara:
1. Panaskan susu sejat, susu pekat dan air sehingga mendidih.
2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung; kacau.
3. Masukkan garam dan kacau.
4. Tutup api dan biarkan sejuk.
5. Picitkan 1 batang Choki Choki ke dalam 1 plastik aiskrim; ratakan.
6. Tuang susu ke dalam plastik ais krim dan ikat.
7. Sejukkan dalam freezer selama lebih kurang 5 - 6 jam.
8. Enjoy!

Mudah pun mudah; murah pun murah! Kos sebatang Ais Krim Choki Choki mengikut resepi ini hanya lebih kurang RM0.60 sahaja =)

Image via SAYS

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment