seismik

Ingin Kurangkan Makan Nasi Putih? Cuba 5 Resipi Alternatif Mudah Ini

Semuanya sedap dan sangat mengenyangkan!

Cover image via My Food Story | Cooking Maniac

Nak start makan sihat tapi terasa susah betul untuk berhenti makan nasi putih?

Image via GIFSoup

Jangan risau! Cuba resipi-resipi alternatif kepada nasi ini untuk hidangan yang cukup sedap dan tetap mengenyangkan:

1. Kubis Bunga

Image via Raisin & Fig

Kubis bunga merupakan antara sayuran yang paling mudah untuk diolah menjadi seakan-akan nasi. Dengan menggunakan food processor, kisar kepingan kubis bunga hingga mendapat tekstur yang menyerupai nasi.

Kandungan karbohidratnya yang lebih rendah berbanding nasi putih menjadikannya pilihan yang baik untuk sesiapa yang ingin mengurangkan pengambilan karbohidrat.

Image via Skinny Taste

Kubis bunga yang dikisar boleh diolah menjadi alternatif sihat kepada Nasi Goreng Cina. Begini caranya:

Bahan-bahan:
- 1 biji kubis bunga
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 biji telur
- 1/2 biji bawang besar, dicincang
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 cawan kacang peas dan lobak merah
- 3 sudu besar kicap masin
- Daun bawang, dicincang
- Garam

Cara-cara:
1. Potong kubis bunga menjadi bahagian-bahagian kecil.
2. Masukkan ke dalam food processor dan pulse hingga mendapat tekstur seakan-akan nasi.
3. Panaskan minyak dan tumis bawang, bawang putih, dan daun bawang.
4. Masukkan kacang peas dan lobak merah.
5. Masukkan telur dan hancurkan.
6. Masukkan "nasi" kubis bunga dan gaul.
7. Masukkan kicap masin dan garam secukup rasa.
8. Tabur dengan daun bawang dan hidang.

Resipi diolah dari sini.

2. Barli

Image via Cooking Maniac

Walaupun barli lebih biasa dihidangkan sebagai minuman di Malaysia, sebenarnya bijirin sihat ini boleh digunakan sebagai alternatif kepada nasi putih. Kandungan seratnya yang jauh lebih tinggi berbanding nasi menjadikannya pilihan yang lebih berkhasiat.

Untuk mendapatkan barli yang lembut dan sedap dimakan, rebus 1 cawan barli dengan 4 cawan air sehingga masak.

Barli boleh digunakan untuk membuat hidangan ala-ala Nasi Ayam ini:

Bahan-bahan (barli):
- 1 cawan barli
- 4 cawan air
- 2 batang bawang leek (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 2 cawan stok ayam
- 1/2 cawan krim masakan
- Garam dan lada

Bahan-bahan (ayam):
- 4 keping dada ayam
- Jus buah lemon
- 2 sudu besar campuran rempah
- 1/2 cawan stok ayam
- Garam

Cara-cara:
1. Rebus barli dengan air selama 20 ke 25 minit. Tapis.
2. Panaskan ayam di atas kuali hingga perang.
3. Masukkan jus lemon, campuran rempah, garam, dan stok ayam.
4. Tutup dengan aluminium foil dan bakar di dalam ketuhar pada suhu 220°C selama 25 minit.
5. Tumis bawang leek dan bawang putih.
6. Masukkan barli dan stok ayam. Rebus hingga lembut.
7. Masukkan krim masakan, garam dan lada.
8. Hidangkan barli bersama ayam.

Resipi diolah dari sini.

3. Ubi Keledek

Walaupun mengandungi karbohidrat, ubi keledek merupakan sejenis karbohidrat kompleks di mana ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam. Penghadaman yang memakan masa lebih lama adalah baik untuk badan kerana ia tidak akan menaikkan paras gula dalam darah secara mendadak.

Image via Detox Insta

Warnanya yang terang menjadikannya kelihatan seakan Nasi Briyani! Anda boleh cuba resipi menarik ini menggunakan "nasi" ubi keledek:

Bahan-bahan:
- 1 biji ubi keledek (dibuang kulit dan dipotong kiub)
- 1/2 biji bawang besar (dicincang)
- 1 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji lada benggala (dipotong kiub)
- 1 sudu kecil serbuk cili
- 3/4 sudu kecil serbuk jintan putih
- 1 tin kacang hitam (dibasuh dan ditapis)
- Minyak zaitun
- Garam

Toppings (jika mahu):
- Avokado
- Kiub buah tomato
- Hirisan bawang
- Daun ketumbar

Cara-cara:
1. Dalam food processor, kisar ubi keledek hingga teksturnya menyerupai nasi.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, dan lada benggala.
3. Masukkan "nasi" ubi keledek, garam, serbuk cili, serbuk jintan putih, dan kacang hitam. Masukkan sedikit air supaya tidak melekit.
4. Tutup kuali dan biar masak selama lebih kurang 8 minit.
5. Hidang bersama topping jika mahu.

Resipi diolah dari sini.

4. Quinoa

Image via Herb

Quinoa merupakan sejenis bijirin yang berasal dari Amerika Selatan dan mula mendapat perhatian seluruh dunia kerana kandungan khasiatnya yang jauh lebih tinggi daripada sepinggan nasi putih.

Quinoa mempunyai kandungan vitamin B yang tinggi, dan ini dapat membantu dalam penghasilan tenaga dan mengurangkan kesan pengoksidaan di dalam badan. Quinoa boleh didapati di kebanyakan kedai kesihatan.

Image via My Food Story

Resipi ala Kerabu Mangga ini memang sedap dimakan bersama quinoa:

Bahan-bahan (kerabu):
- 2 cawan quinoa (dimasak)
- 1/2 cawan kubis (dihiris)
- 1/2 cawan lobak merah (dihiris)
- 1/2 cawan kubis merah (dihiris)
- 1/2 cawan jagung muda (dihiris)
- 1 biji mangga (dipotong kiub)
- 1/2 cawan daun selasih
- 1/2 cawan daun pudina
- 1/2 cawan kacang tanah (digoreng)

Bahan-bahan (sos):
- 1 sudu kecil sambal
- 2 sudu besar kicap masin
- 3 sudu besar madu
- 1/2 sudu kecil halia (dicincang halus)
- 2 sudu besar cuka
- 1/4 cawan minyak zaitun
- Garam

Cara-cara:
1. Gaul kesemua bahan sos.
2. Di dalam mangkuk lain, gaul kesemua bahan kerabu. Tuangkan sos dan gaul.
3. Sejukkan selama 4 jam, jika mahu.
4. Siap untuk dihidang!

Resipi diolah dari sini.

5. Nasi Perang

Image via SparkRecipes

Bagi anda yang memang sukar untuk betul-betul berhenti daripada memakan nasi, bolehlah biasakan diri dengan nasi perang dahulu. Beras perang merupakan sejenis bijirin penuh, di mana ianya mengandungi lebih banyak nutrisi dan serat berbanding nasi biasa. Kandungan seleniumnya yang tinggi juga dapat menolong mencegah penyakit seperti masalah jantung dan arthritis.

Beras perang boleh dimasak di dalam periuk nasi seperti biasa. Nisbah air yang disyorkan ialah 2 1/2 cawan untuk 1 cawan beras.

Image via Damn Delicious

Untuk sesuatu yang sedikit istimewa, cuba resipi Nasi Goreng Nanas ini:

Bahan-bahan:
- 3 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1/2 sudu kecil serbuk halia
- 1/4 sudu kecil lada sulah
- 2 sudu besar minyak zaitun
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 biji bawang besar (dipotong kiub)
- 2 biji lobak merah (diparut)
- 1/2 cawan frozen mixed veges
- 3 cawan nasi perang (dimasak)
- 2 cawan kiub nanas
- Daun bawang

Cara-cara:
1. Gaul kicap masin, minyak bijan, serbuk halia dan lada sulah.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar dan bawang putih.
3. Masukkan campuran sayuran dan kacau.
4. Masukkan nasi perang, nanas, dan campuran sos kicap.
5. Gaul hingga rata.
6. Siap untuk dihidang!

Resipi diolah dari sini.

Selamat mencuba!

Image via Tenor

Untuk dapatkan banyak lagi resipi, LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan Twitter sekarang!

Lagi resipi sihat untuk dicuba:

You may be interested in: