videos

Perlukan Idea Untuk Meniaga Di Bazar Ramadhan Nanti? Cuba Resipi Kek Batik Oreo Ni!

Ada Oreo baru best!

Cover image via SAYS

Musim bazar Ramadhan dah dekat! Untuk yang akan meniaga nanti, pasti sekarang sibuk mencari idea untuk hidangan yang bakal dijual kan?

Image via Gifbay

Jika menu desserts yang dicari, tambahkan sedikit kelainan kepada resipi kek batik biasa dengan menggunakan secret ingredient ini: Oreos!

Bahan-bahan:
- 2 cawan Milo
- 3 sudu besar serbuk koko
- 250g mentega
- ½ tin susu pekat
- lebih kurang 30 keping biskut Marie (dipatah-patahkan)
- 2 paket biskut Oreo (setiap biskut dipotong empat)

Cara-cara:
1. Dengan api kecil, cairkan mentega
2. Tambah susu pekat dan gaul sehingga sebati
3. Tambah Milo dan serbuk koko, dan gaul sehingga tiada ketulan
4. Tutup api; masukkan biskut Marie yang dipatah-patahkan dan gaul
5. Masukkan separuh adunan ke dalam baking tin
6. Tabur kepingan Oreo ke atas adunan
7. Masukkan separuh lagi adunan dan ratakan
8. Hias dengan kepingan Oreo
9. Masukkan ke dalam peti sejuk semalaman
10. Untuk hidang, celup pisau dalam air panas dan potong mengikut saiz yang diingini

Berminat? Selamat mencuba!

Image via SAYS

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment