Kek Milo Viral Ini Digilai Ramai Kerana Guna 2 Bahan Sahaja. Versi "Derhaka" Pun Ada!
Dahlah senang nak buat, sedap pulak tu.
Jika dulu resipi Rambutan Asam Boi dan Cendawan Enoki Goreng menjadi kegilaan ramai, kini ada ciptaan baru yang mula menambat hati netizen seluruh Malaysia iaitu Kek Milo Viral!
Kek Milo yang mula-mula dikongsikan di Facebook group popular Masak Apa Hari Ni (MAHN) ini berjaya menarik perhatian dengan resipinya yang menggunakan 2 bahan sahaja
Peminat-peminat kek Milo ini berpendapat bahawa rupanya yang tidak seberapa jangan dijadikan penghalang untuk membuat kek viral ini. Cuba dulu, baru tahu!
Bak kata pepatah orang putih, ‘Don’t judge a book by its cover’.
Berminat untuk cuba? Ini resipinya:
Bahan-bahan:
- 6 sudu Milo
- 2 biji telur
Cara-cara:
1. Gaul Milo dan telur hingga sebati.
2. Bakar pada suhu 140°C untuk 15 - 20 minit.
Sumber resipi: Nora Aiya (MAHN)
Versi ini pula mengandungi sedikit susu pekat untuk menambahkan lagi rasa lemak manis kek ini:
Bahan-bahan:
- 2 cawan Milo
- 4 biji telur
- 2 sudu besar susu pekat
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dengan mixer.
2. Bakar pada suhu 180°C selama 45 minit.
Sumber resipi: Sara Vee (MAHN)
Nak convert jadi mug cake pun boleh!
Bahan-bahan:
6 sudu besar Milo
1 biji telur
Sedikit susu segar (jika mahu)
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan dalam cawan microwave-safe.
2. Microwave selama 3 minit.
Sumber resipi: Jolynn Martin
Resipi versatil ini mudah untuk diolah mengikut citarasa masing-masing hingga timbulnya pelbagai macam "resipi derhaka"
Resipi-resipi ini dikatakan "menderhakai" resipi asal dengan tertambahnya macam-macam bahan lain :P Antaranya termasuklah versi Oreo ini:
Bahan-bahan:
- 1 kg Milo
- 250g mentega
- 1 tin susu
- 10 biji telur
- Oreo (inti buang)
Langkah-langkah:
1. Pukul butter dan susu.
2. Masukkan telur satu per satu.
3. Masukkan Milo dan gaul rata.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan susunkan lapisan biskut Oreo. Klik sini untuk rujukan.
5. Bakar pada suhu 140°C selama 45 minit.
Sumber resipi: Aedafieyza Hossen
Yang tambah Horlicks pun ada!
Bahan-bahan:
- 5 paket Milo 3 dalam 1
- 3 sudu Horlicks
- 3 biji telur
- 1 penutup esen vanilla
Langkah-langkah:
1. Gaul kesemua bahan.
2. Bakar pada suhu 180°C untuk 15 minit hingga kembang.
3. Turunkan suhu ke 150°C dan bakar lagi 20 minit.
Sumber resipi: Natashah Rohna John
Inginkan banyak lagi artikel makanan? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Instagram dan Twitter sekarang!