videos

Lengkapkan Menu Ala Thai Anda Dengan Resipi Kerabu Mangga 'Simple' Ini

Nak makan macam tu saja pun sedap ;)

Cover image via SAYS

Masam ada, manis ada, pedas ada, rangup ada - ha, memang cukup rasa! Mana tak popular Kerabu Mangga ni ;)

Image via SAYS

Nak cuba buat? Ikuti resepi kerabu mangga ini di sini:

Bahan-bahan:
- 2 biji mangga muda (diparut)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris)
- 1 biji bawang merah (dihiris)
- 4 biji cili padi (dihiris)
- 2 sudu besar udang kering goreng
- 2 sudu besar kacang goreng
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu kecil gula
- Limau
- Cili merah

Cara-cara:
1. Gaul mangga dengan cili padi, bunga kantan, bawang merah, udang kering, dan kacang.
2. Masukkan sos ikan dan gula; gaul.
3. Perah limau dan hias dengan bunga kantan, cili merah, dan kacang.
4. Hidang!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dah cuba resipi-resipi ni?

Leave a comment