videos

Masih Banyak Lebihan Lauk Raya? Resipi Ketupat Goreng Ini 'Perfect' Untuk Anda

Resipi ini akan mengubah cara anda makan ketupat selamanya!

Cover image via SAYS

Selalunya minggu pertama Raya memang tiada masalah untuk habiskan segala juadah Aidilfitri yang terhidang di atas meja. Maklumlah, sudah sebulan berpuasa!

Tetapi masuk saja minggu kedua, lebih banyak ketupat daripada selera untuk memakannya. Jadi bagaimana? Berikan lebihan ketupat itu sedikit twist dengan resipi ini:

Bahan-bahan:
- Ketupat nasi (dipotong)
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 8 - 10 ekor udang
- 1 keping tauhu
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 biji telur
- Daun bawang
- Garam
- Minyak

Cara-cara:
1. Goreng tauhu sehingga garing dan angkat.
2. Goreng udang dan angkat.
3. Panaskan minyak dan tumis pes bawang.
4. Masukkan cili kisar dan teruskan tumis.
5. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap, dan garam. Kacau.
6, Masukkan telur dan setelah hampir masak, hancur-hancurkan.
7. Masukkan ketupat dan gaul sehingga rata.
8. Masukkan udang dan tauhu yang telah digoreng, dan daun bawang. Gaul.
9. Tutup api dan hidang!

Selamat mencuba!

Image via SAYS

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa cuba resipi-resipi ini juga:

Leave a comment