lifestyle

Cara Memasak Ginger Beef Kuey Teow Tersangat Sedap Dalam Masa 10 Minit Saja

Macam tak percaya pula betapa mudahnya untuk sediakan hidangan 'crowd favourite' ni!

Cover image via SAYS

Dengan kuahnya yang likat dipenuhi hirisan daging dan kepingan halia, dijamu pula bersama kuey teow yang harum direnjis minyak bijan, siapa yang boleh katakan tidak kepada Ginger Beef Kuey Teow?

Image via SAYS

Walaupun nampak macam complicated tetapi percaya atau tidak, penyediaaan hidangan ini hanya ambil masa 10 minit saja! Begini caranya:

Bahan-bahan (kuey teow):
- 1 peket kuey teow
- 2 sudu besar kicap masin Life
- 1 sudu besar minyak bijan Life

Bahan-bahan (kuah ginger beef):
- 300g daging
- Tepung jagung
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang)
- 8 keping halia (dihiris)
- 2 sudu besar sos tiram Life
- 2 sudu besar kicap masin Life
- 1 cawan stok daging
- 10 biji cendawan
- Daun bawang
- 1 biji telur

Cara-cara:
1. Gaul hirisan daging dengan 1 sudu besar tepung jagung.
2. Gaul kuey teow dengan kicap masin dan minyak bijan.
3. Goreng kuey teow tanpa minyak selama 5 minit, dan alihkan.
4. Panaskan minyak dan tumis halia dan bawang putih.
5. Masukkan daging dan goreng sehingga garing.
6. Masukkan sos tiram, kicap dan stok daging. Masak sehingga mendidih.
7. Masukkan cendawan dan daun bawang; kacau.
8. Masukkan 1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air); masak sehingga pekat.
9. Masukkan telur dan hanya mula kacau apabila telur sudah masak.
10. Hidang!

Mudah kan? Selamat menjamu selera!

Image via SAYS

PS. Ada yang tertanya-tanya di mana kami dapatkan kicap jenama Life untuk resipi ini? Untuk yang tidak tahu, produk ini merupakan keluaran terbaru daripada pengeluar sos kegemaran ramai ini! Ketahui rangkaian sos Life dengan lebih lanjut di sini.

Resipi apa pula yang ingin anda lihat minggu depan? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Jom cuba resipi-resipi ini juga:

You may be interested in:

Leave a comment