videos

Serikan Waktu Berbuka Untuk Seisi Keluarga Dengan Kuih Bakar 'Homemade' Ini

Buat sendiri lagi sedap ;)

Cover image via SAYS

Inginkan idea hidangan kuih untuk santapan buka puasa nanti? Cuba resipi Kuih Bakar mudah ini!

Image via SAYS

Ikuti resipinya di sini:

Bahan-bahan:
- 1 cawan air
- 4 helai daun pandan
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan santan
- 3 biji telur
- 1 cawan tepung gandum
- 3/4 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna hijau

Cara-cara:
1. Blend air dan daun pandan.
2. Tapis dan tuang semula ke dalam blender.
3. Masukkan susu cair, santan, telur, tepung gandum, dan gula. Blend hingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan pewarna hijau. Blend.
5. Tuang ke dalam bekas yang disapu mentega.
6. Taburkan bijan.
7. Bakar selama 1 jam pada suhu 180°C.
8. Bakar lagi 10 minit (bahagian atas saja).
9. Siap untuk dihidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Dah cuba resipi-resipi ini?

Leave a comment