Cicah Kulit Ayam Goreng Dengan Sos 'Salted Egg' Dan Hidup Anda Akan Berubah Selamanya

Memang epik!

  • Cover image via SAYS

Kadangkala bila menghabiskan terlalu banyak masa di dapur, ada saja resipi luar biasa yang tercipta. Antaranya termasuklah rekaan yang sangat sinful ini:

Image via SAYS

Inilah dia Kulit Ayam Goreng dengan Sos Salted Egg Yolk! Jom ikuti resipinya di sini:

Bahan-bahan (kulit ayam)
- Kulit ayam
- 1 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada hitam
- Minyak

Bahan-bahan (sos telur masin):
- 2 telur masin kuning (direbus)
- 1 cili padi (dicincang)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- Daun kari
- 80ml susu cair
- 2 sudu besar mentega
- Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus kulit ayam dengan garam dan lada hitam selama 5 minit.
2. Toskan dan biar betul-betul kering.
3. Susun di atas pinggan dan simpan di dalam peti sejuk (tanpa berpenutup) selama 4 jam.
4. Panaskan minyak dan goreng kulit ayam sehingga perang.
5. Dalam kuali yang lain, panaskan mentega.
6. Tumis bawang putih, cili padi, dan daun kari.
7. Masukkan telur kuning masin yang telah dihancurkan dan gaul.
8. Masukkan susu cair dan gaul sehingga pekat.
9. Tambah garam jika perlu.
10. Tutup api dan blend sehingga sebati.
11. Hidang!

Macam mana? Nak cuba tak?

PS. Sedap memang sedap, tapi jangan pula dimakan sentiasa! Sekali-sekala tak apalah ;)

Apakah hidangan telur masin kegemaran anda? Kongsi dengan kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Leave a comment