Masih Belum Dapat Cuba Mangga Susu Yang Tengah 'Viral' Sekarang? Buat Saja Sendiri!

Hanya tiga bahan diperlukan: mangga, susu pekat, dan ais.

  • Cover image via SAYS

Setiap kali buka Instagram, mesti ada saja ternampak orang upload minuman Mangga Susu. Popular betul!

Manalah tidak popular, rasanya yang manis berlemak dan sangat menyegarkan pasti diminati warga kota yang tiap-tiap hari mengharungi cuaca panas

Image via SAYS

Nak tahu cara mudah untuk sediakan Mangga Susu? Ikuti langkah-langkah ini:

Bahan-bahan:
- 1 biji mangga
- 1 cawan ais
- 3 sudu besar susu pekat

Topping:
- Mangga (dipotong dadu)

Cara-cara:
1. Blend mangga, ais, dan susu pekat sehingga sebati.
2. Tuang ke dalam gelas dan tambahkan topping kiub mangga.
3. Hidang!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Leave a comment