Kami Cuba Buat Martabak Nutella Cheese Viral Ini Dan Hidup Kami Berubah Selamanya

Peminat tegar Nutella wajib cuba!

  • Cover image via SAYS

Memang pantang nampak resipi viral, kami ambil keputusan untuk mencuba buat Martabak Nutella Cheese yang kian membanjiri news feed kami ini

Image via SAYS

Hidangan ini sebenarnya berasal dari Indonesia dan mula popular di Malaysia sejak beberapa bulan yang lepas

Image via SAYS

PS. Walaupun namanya martabak, resipi ini sebenarnya lebih kepada apam balik.

Nak cuba buat? Ikuti langkah-langkah mudah ni:

Bahan-bahan:
- 150g tepung halus
- 3 sudu besar gula
- ½ sudu kecil garam
- 1 biji telur
- ½ sudu kecil ragi
- ½ sudu kecil esen vanilla
- 150ml air
- 1 sudu kecil baking powder

Topping:
- Mentega
- Nutella
- Cheddar parut
- Susu pekat

Cara-cara:
1. Gaul tepung, gula, garam dan ragi.
2. Masukkan telur dan esen vanilla; gaul.
3. Masukkan air; gaul hingga tiada gumpalan.
4. Biarkan adunan selama 1 jam.
5. Masukkan baking powder; gaul.
6. Panaskan kuali dan tuang adunan. Tutup kuali dan masak selama lebih kurang 5 minit.
7. Potong dua; sapu mentega dan tambahkan kesemua topping: Nutella, cheddar dan susu pekat.
8. Telangkupkan dan hidang!

Resipi viral yang mana pula yang ingin anda lihat kami cuba? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment