videos

Kagumkan Ibu (Atau Mertua) Anda Dengan Resipi Onde Onde 'Homemade' Ini

Bukan semua kuih tradisional susah untuk dibuat =)

Cover image via SAYS

Jika dulu anda telah mencuba cara membuat Kuih Keria, kini tiba masanya untuk satu lagi resipi kuih yang juga teramat popular iaitu Onde Onde!

Image via SAYS

Ikuti resipinya di sini:

Bahan-bahan:
- 1/2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung beras
- 80ml ekstrak daun pandan
- Gula melaka (dipotong kiub)
- Kelapa parut
- Garam

Cara-cara:
1. Gaul kelapa parut dengan garam.
2. Dalam mangkuk yang lain, gaul tepung pulut, tepung beras dan ekstrak daun pandan hingga boleh digentel.
3. Ambil secubit adunan, leperkan dan letakkan kiub gula melaka di tengah.
4. Bentukkan adunan menjadi bola.
5. Dalam air yang mendidih, rebus bebola.
6. Apabila bebola mula timbul ke permukaan, angkat dan gaul bersama kelapa parut.
7. Hidang!

Mudah kan? Cubalah untuk minum petang nanti!

Image via SAYS

Resipi kuih apa pula yang ingin anda lihat selepas ini? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Lengkapkan menu minum petang anda dengan kuih-kuih ni juga!

Leave a comment