videos

Inginkan Sedikit Kelainan Untuk 'Cheat Day' Anda? Cuba Resipi Oreo Cheesecake Senang Ini!

Kek simple ini hanya perlu disejukkan - tak perlu bakar!

Cover image via SAYS

Untuk menghasilkan kek no-bake mudah ini, anda hanya perlu gaul beberapa bahan, sejukkan, dan ia sedia dimakan!

Image via SAYS

Nak cuba? Begini caranya untuk membuat Oreo Cheesecake:

Bahan-bahan:
- 2 cawan Oreo hancur
- 1/4 cawan mentega cair
- 500g cream cheese
- 1/4 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 cawan whipping cream
- Oreo (dipotong kasar)

Cara-cara:
1. Gaul Oreo hancur dan mentega cair hingga sebati.
2. Tekankan dan padatkan ke dalam bekas kek. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Dalam bekas yang disejukkan, pukul whipping cream hingga pekat dan kembang.
4. Dalam bekas lain, pukul cream cheese, gula, dan esen vanilla.
5. Masukkan whipped cream dan gaul hingga sebati.
6. Masukkan Oreo dipotong kasar dan gaul.
7. Masukkan adunan ke dalam bekas kek berisi Oreo hancur dan mentega itu tadi.
8. Hias dengan kepingan Oreo dan sejukkan selama 4 jam.
9. Hidang!

Resipi apa pula yang anda mahukan untuk episod akan datang? Tinggalkan request anda di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Leave a comment