videos

Kalau Anda Tak Boleh Hidup Tanpa Sambal Tempe, Resipi Ini Khas Untuk Anda

Bayangkan tempe garing digaul dengan sambal dan ikan bilis; memang mengancam!

Cover image via SAYS

Tempe ni masak macam mana pun sedap, lagi-lagi bila ditumis dengan sambal!

Image via SAYS

Cara masaknya pun senang! Jom buat Sambal Tempe:

Bahan-bahan:
- 1 blok tempe
- 2 sudu besar cili giling
- 2 sudu besar bawang besar kisar
- 1 sudu besar bawang putih cincang
- 1 sudu besar kacang goreng
- ½ sudu besar ikan bilis goreng
- ½ sudu kecil gula
- Garam secukup rasa
- Minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan goreng tempe hingga garing. Keluarkan tempe dari kuali.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili giling hingga garing.
3. Masukkan garam dan gula; gaul.
4. Masukkan tempe, kacang goreng dan ikan bilis goreng; gaul.
5. Hidang!

Resipi lauk apa pula yang ingin anda lihat nanti? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS

Jangan lupa cuba idea lauk-pauk ini juga:

Leave a comment