videos

Cara Buat Thai Green Tea Latte Paling Senang. 6 Minit Dah Siap!

Daripada asyik membeli, baik buat sendiri! ;)

Cover image via tinypic.com

Setiap kali makan dekat kedai Thai, memang tak sah kalau tak order segelas Green Tea Latte!

Nak lagi tempting, banyak gerai-gerai minuman sekarang pun dah ada Thai Green Tea Latte ni dalam menu!

Bila cuaca panas, memang terangkat bila pekena segelas. Dengan teksturnya yang lemak berkrim (dan warnanya yang comel!), memang tak boleh resist!

Tapi, korang tahu tak sebenarnya minuman ni sangat senang nak dibuat sendiri di rumah?
RESIPI DI SINI:

Bahan-bahan:
- 2 sudu besar teh hijau Thai
- 6 sudu besar susu pekat
- 4 sudu besar susu cair
- 500ml air panas
- Ais

Kalau nak lagi best:
- Serbuk teh hijau
- Whipped cream
- Extra susu cair

Cara-cara:
1. Bancuh teh hijau dan biarkan selama 5 minit
2. Tapis air teh dan blend bersama susu pekat dan susu cair
3. Hidang dalam jag / gelas berisi ais
4. Kalau nak lagi berkrim: Tambah susu cair!
5. Kalau tak berapa kisah pasal diet: Tambah whipped cream dan taburkan serbuk teh hijau!

BONUS: Kalau di kedai, segelas macam ni je dah RM10 ke atas. Tapi kalau buat sendiri, kosnya tak sampai RM5 untuk satu jag 500ml ;)

Image via WiffleGIF

PS. Teh hijau Thai ni dijual oleh ramai stokis seluruh Malaysia, boleh rujuk di Google untuk stokis terdekat

Nak diskaun untuk pekakas elektrik? Dapatkan kupon Lazada, Ensogo dan Gemfive di sini

Okay, resipi apa pulak yang korang nak tengok lepas ni? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Minat bereksperimen di dapur? Jom try resipi-resipi ni pula:

Leave a comment