Lengkapkan Hidangan Tahun Baru Cina Anda Dengan Resipi Wantan Ayam Paling Mudah Ini
Panduan melipat kulit wantan juga disertakan!
Sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, resipi minggu ini memberi tumpuan kepada Wantan Ayam yang enak dihidang di musim perayaan ini.
Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk membuat Wantan Ayam anda sendiri:
Bahan-bahan:
- 200g ayam cincang
- 100g udang cincang
- 2 sudu besar daun bawang (dihiris)
- 1 sudu kecil tepung jagung
- 1 sudu kecil sos ikan
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu kecil lada putih
- Kulit wantan
- Air
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
1. Gaul ayam, udang, daun bawang, tepung jagung, sos ikan, garam dan lada putih.
2. Letakkan campuran isi ayam ke atas kulit wantan dan simpulkan.
3. Goreng hingga keemasan.
4. Hidang dengan sos cili.
Gunakan panduan mudah ini untuk simpulkan kulit wantan:
2. Sapukan sedikit air di sekeliling kulit wantan.
3. Lipat dua menjadi segi tiga.
4. Satukan kesemua hujung dan simpulkan. Sapu simpulan dengan sedikit air supaya melekat.
Resipi apa pula yang ingin anda lihat di episod akan datang? Beritahu kami di ruangan komen di bawah!
Inginkan lebih banyak resipi menarik seperti ini? LIKE Facebook Seismik Makan serta follow kami di Twitter dan temui segala resipi mesti kongsi sekarang!