seismik

RM13 Juta Kos Perkahwinan 'Janda Termahal' Rozita Che Wan Bersama Zain Saidin

Setelah menetapkan tarikh akad nikah pada 11.12.13, berita terbaru mengatakan bahawa majlis perkahwinan ini bakal menjadi 'Wedding of the Year' kerana ianya bernilai sehingga RM13,000,000!

Cover image via

[GAMBAR] Majlis Resepsi Rozita Che Wan Dan Zain Saidin

Mengambil tempat di Setia City Convention Centre di Shah Alam, majlis resepsi perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin memang tampak meriah & mewah selari dengan gelaran Wedding of the Year yang mereka terima dari para peminat & pemerhati dunia hiburan.

rotikaya.com
Image via rotikaya.com
Image via rotikaya.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com
Image via wp.com

Dengan Nilai RM13 Juta, Majlis Kahwin Tersebut Dikatakan 'Perkahwinan Janda Termahal Di Malaysia'

Perkahwinan pelakon Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin mencatat sejarah sendiri dalam industri hiburan tempatan apabila perkahwinan mereka yang akan berlangsung pada 11 Disember 2013 (11/12/13) depan menerima tajaan berjumlah RM13,000,000 (13 juta). Ini sekaligus menjadikan Rozita Che Wan sebagai "janda termahal" dalam sejarah di Malaysia.

ohartis.com

Pasangan Mesra

Image via mstar.com.my

RM13 Juta Itu Adalah Jumlah Tajaan Dari Beberapa Pihak Termasuk Habib Jewels, Bianco Mirmosa Dan Man Kajang

Image via wp.com

Tajaan termahal ialah daripada Habibs Jewels yang bakal memastikan Rozita Che Wan berseri-seri dengan barang kemas yang bernilai RM10 juta. Sementara itu busana yang bakal digayakan ketika malam berinai adalah tajaan Bianco Mirmosa bernilai RM55,000. Tidak ketinggalan baju nikah RM100,000 daripada Man Kajang dan baju persandingan bernilai RM150,000.

beautifulnara.com

Rozita berkata, dia tidak menyangka akan menerima tajaan perkahwinan yang begitu besar dan menganggap ia sebagai rezeki perkahwinannya. "Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan sebuah majlis yang sederhana, tetapi apabila ditaja, lain pula jadinya."

mstar.com.my

Teguran Seorang Ustazah: "Perkahwinan Besar-Besaran Adalah Suatu Pembaziran"

"Kahwin itu satu ibadat, tetapi jika kita membazir, bermegah dan berbangga, bagaimana nak dapat keberkatan Allah? Sebaik-baiknya kahwin sebab nak dapat redha Allah dan dengan bersederhana boleh mendapat keberkatan," kata Ustazah Zawiyah Hassan.

blogspot.com
Image via blogspot.com

Tarikh Perkahwinan 11.12.13 Telah Diumumkan Melalui Video Eksklusif Ini

Unsupported video platform

Akhirnya teka-teki mengenai tarikh pernikahan Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah pun terjawab petang tadi. Menerusi sidang media, bakal pengantin baru ini mengumumkan tarikh pernikahan mereka ialah 11 Disember 2013 iaitu pada hari Rabu.

beautifulnara.com

Ianya akan diadakan di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib. Manakala, majlis persandingan akan diadakan pada 13 Disember di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Setia City pada pukul 8 malam. Bagi majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, pada 10 Disember, pukul 8 malam.

mstar.com.my

Pada 29 September 2013, Majlis Merisik Mereka Telah Diadakan Di Carcosa Seri Negara

Cincin risik/tunang yang diterima Rozita

Image via amazonaws.com

Rozita sungguh jelita dalam busana merisik

Image via amazonaws.com

Sebelum Itu, Pasangan Ini Telah Membuat 'Pre-Wedding Photoshoot' Di Paris Dan Bali

Fantastic! Marvelous! Beautiful! Romantic! Itulah perasaan yang Abang Nara rasakan apabila menatap gambar-gambar pra perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang telah dibidik oleh Annas Easkey....

beautifulnara.com

Gambar pre-wedding di Bali

Image via wp.com

Gambar pre-wedding di Paris

Image via wp.com

Sungguh romantis di Bali

Image via wp.com

Rozita Che Wan sungguh glam di Paris

Image via wp.com

Che Ta di Bali

Image via wp.com

Rozita, 40 Tahun, Mempunyai Dua Orang Anak Dari Perkahwinan Sebelumnya

Rozita dan anak sulongnya

Image via ohartis.com
Image via mediamalaya.com

Rozita dan dua orang anaknya

Image via blogspot.com

Pasangan Ini Terkenal Dengan Gambar-Gambar Mesra Dan Seksi Yang Mengundang Kontroversi

Rozita seksi semasa photoshoot majalah

Image via amazonaws.com

Rozita Seksi Dalam Majalah Eh!

Image via amazonaws.com

Rozita Che Wan Dan Zain Saaidn di Karpet Merah

Image via melvister.com