seismik

Roti John Di Bazaar Menyebabkan 3 Beradik Masuk Hospital Dan Satu Koma

Siapa sangka Roti John yang biasa dibeli boleh menyebabkan keracunan makanan.

Cover image via says.com

[TERKINI] Mangsa Keracunan Roti John Kini Sihat Dan Dibenarkan Pulang Ke Rumah

Muhammad Qayyim ketika terlantar di wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR0 tempoh hari.

Image via bazookapenaka.com

Selama 10 hari dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), mangsa keracunan makanan, Muhammad Qayyim Hamdan,11, gembira apabila dia dibenarkan pulang ke kediaman pada 10 Julai.

sinarharian.com.my

Muhammad Qayyim kelihatan gembira sambil menunjukkan tanda bagus sebaik dia dibenarkan keluar hospital.

Image via sinarharian.com.my

Sambil tersenyum, Muhammad Qayyim kelihatan tidak sabar pulang ke rumahnya di Seksyen 25, Shah Alam sambil berkata “Saya sangat gembira."

sinarharian.com.my

Sementara itu, Ibu Mangsa, Siti Nora Kassim Yang Terpaksa Menjaga Anak Ketiganya Selama 10 Hari Di Wad Masih Trauma Dengan Kejadian Yang Menimpa 3 Anaknya

“Kejadian ini satu pengajaran kepada saya dan suami. Selepas ini kami akan lebih beringat. Tapi, kejadian ini bukan penghalang kami untuk beli juadah di bazar Ramadan selepas ini."

sinarharian.com.my

“Saya tak akan halang dia makan roti john sebab itu memang makanan kegemaran dia sejak kecil, tapi saya akan lebih prihatin berkenaan aspek kebersihannya,” katanya.

sinarharian.com.my

5 Julai: Peniaga Roti John Minta Maaf Atas Isu Keracunan

Muhammad Qayyim, 11, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Image via kopilekat.com

“Selepas berita mengenai kejadian yang menimpa anak saya disiarkan Harian Metro dan tersebar di Facebook, peniaga roti John terbabit ada menghubungi saya dan melahirkan kekesalan serta memohon maaf atas apa yang berlaku."

malaysiaboleh.my

“Peniaga terbabit benar-benar menyesal dengan apa yang berlaku kerana beliau juga turut mengalami sakit perut. Dengan permohonan maaf yang dibuat peniaga terbabit dan dengan kemuliaan Ramadan ini, saya membatalkan hasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40, bapa kepada empat beradik yang mengalami keracunan makanan selepas menikmati juadah roti John yang dibeli di bazar Ramadan Taman Sri Muda pada 29 Jun lalu.

hmetro.com.my

Manakala, Anak Ketiga Hamdan, Muhammad Qayyim Yang Dirawat Di Unit Rawatan Rapi (ICU) Tempoh Hari Kini Sudah Sedar Dan Menunjukkan Tindak Balas Positif

“Muhammad Qayyim sudah sedar dan menunjukkan tindak balas ketika namanya dipanggil, pagi tadi (semalam) dan ini satu petanda positif walaupun doktor ada memaklumkan jangkitan kuman akibat keracunan itu boleh menyebabkan jangkitan pada otak,” kata Hamdan.

hmetro.com.my

Kes Keracunan Makanan Ini Mendapat Perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Yang Berkata Pihaknya Akan Sentiasa Memantau Kebersihan Bazaar Ramadhan

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Image via nst.com.my

Katanya, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, pihaknya akan terus menjalankan pemantauan di bazar Ramadan untuk memantau tahap kebersihan premis yang menjual makanan serta minuman.

hmetro.com.my

“Kami memandang serius kejadian ini dan berharap perkara sama tidak akan berulang. Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memberikan perhatian kepada tahap kebersihan gerai makanan kerana bimbang kualiti makanan juga terjejas,” katanya lagi.

hmetro.com.my

29 Jun: Empat Beradik Berusia Dari 4 Hingga 13 Tahun Mengalami Keracunan Makanan Selepas Menikmati Roti John Yang Dibeli Di Bazaar Ramadan

Berita keracunan makanan berkenaan melalui laman Facebook.

Image via amazingnara.com

Kegembiraan sebuah keluarga menyambut Ramadan bertukar duka, apabila empat sekeluarga kini dirawat di hospital kerana mengalami keracunan makanan selepas menikmati makanan yang dibeli di bazar Ramadan, Ahad lalu, 29 Jun 2014.

bharian.com.my

Mangsa dikenali sebagai Nurul Qaisarah Hamdan, 13, Muhammad Qayyim, 11, Nur Qatrunnada, 9, dan Nurul Qasihdayana, 4.

bharian.com.my

Salah Seorang Daripada Mereka Didapati Mengalami Kesakitan Yang Lebih Serius Apabila Terpaksa Dimasukkan Ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Bagi Menerima Rawatan

“Sebelum ini, saya sekeluarga membeli roti John dari gerai sama iaitu di bazar Ramadan Taman Sri Muda setiap kali bulan puasa dan tidak pernah pula mengalami sakit perut sebegini teruk."

hmetro.com.my

“Siapa sangka makanan kegemaran kami sekeluarga akhirnya menyebabkan empat anak saya dimasukkan ke hospital. Lebih membimbangkan anak ketiga saya yang berusia 11 tahun kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” kata Hamdan Mohd Nasir, 40.

klxpress.com.my

Pihak Hospital Khuatir Mangsa Yang Berada Di ICU Berkenaan Turut Dijangkiti Kuman Pada Bahagian Otak Disebabkan Keracunan Makanan Dialaminya

“Lebih membimbangkan, doktor yang merawat khuatir anak ketiga saya dijangkiti kuman pada bahagian otak disebabkan keracunan makanan dialaminya," jelas Hamdan.

klxpress.com.my

Katanya, anak ketiganya itu diberikan ubat pelali bagi mengurangkan kesakitan dialaminya manakala tiga lagi anaknya kini sudah stabil dan ditempatkan di wad biasa.

hmetro.com.my

Tiga Bungkus Roti John Dibeli Oleh Bapa Kanak-Kanak Tersebut Untuk Dijadikan Juadah Berbuka Puasa Namun Mereka Mengalami Sakit Perut Sehari Selepas Memakan Makanan Itu

Tiga bungkus roti john dibeli bapa kanak-kanak tersebut untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Image via says.com

Menurutnya, dia membeli tiga bungkus roti John berkenaan namun empat daripada lima anaknya berusia empat hingga 13 tahun mengalami sakit perut sehari selepas memakan makanan itu sebagai juadah berbuka.

hmetro.com.my

Beliau berkata, selain cirit-birit dan muntah, anaknya turut mengalami kekejangan otot dan muka menjadi pucat sehingga menyebabkan anak ketiganya dimasukkan ke ICU.

klxpress.com.my

JUGA DI SAYS: Ayam Masak Merah Meracuni 160 Pelajar Sekolah

You may be interested in: